Kabinet Sabah dijangka sekali lagi dirombak

Kabinet Sabah dijangka sekali lagi dirombak

Kabinet Sabah dijangka sekali lagi dirombak. Kerajaan Sabah dijangka sekali lagi melakukan rombakan Kabinetnya bagi mengisi jawatan empat Pembantu Menteri ditinggalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menyokong Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, membayangkan kemungkinan itu ketika ditanya mengenai kedudukan empat Pembantu Menteri yang mewakili UMNO BN itu hari ini.

“Bagi saya ruang untuk fikir bagaimana kita tadbir negeri dengan baik. Bagi saya, kita perlu lihat segala aspek dalam soal seumpama ini, jadi jangan bimbang, kita akan ambil tindakan yang sepatutnya. Apa yang penting ialah kepentingan negeri dan rakyat,” katanya.

Hajiji ditemui pada Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF), di sini, hari ini.

Kabinet Sabah dijangka sekali lagi dirombak

Empat pembantu menteri terbabit ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy (Tanjung Batu); Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Harun Durabi (Bengkoka); Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohd Hamsan Awg Supain (Sungai Sibuga) dan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, Mohd Tamin Zainal (Pantai Manis).

Rombakan Kabinet Sabah pada Rabu lalu menyaksikan Bung Moktar yang juga ADUN Lamag digugurkan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya yang kemudian diganti ADUN Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Shahelmey adalah antara lima ADUN UMNO yang tidak bersetuju dengan tindakan UMNO Sabah menarik sokongan kepada Hajiji dan kerajaan negeri pimpinannya.

Empat lagi ialah ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk), Datuk James Ratib (Sugut) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit).

Selain Bung Moktar, dua lagi menteri mewakili BN Sabah turut digugurkan daripada Kabinet Hajiji iaitu ADUN Karambunai, Datuk Yakub Khan (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri) dan ADUN Sukau, Datuk Jafry Arifin (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri).

Portfolio mereka masing-masing diambil alih ADUN Membakut yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Mohd Arifin Arif (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri) dan Datuk Christina Liew mewakili PH Sabah (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri).

Hajiji bagaimanapun enggan mengulas sama ada lima ADUN UMNO BN yang menyokongnya akan diterima dalam GRS jika dikenakan tindakan oleh UMNO.

Ia berikutan pindaan perlembagaan parti itu semalam berhubung tindakan terhadap pemimpinnya menyokong gabungan lain yang tidak disertai UMNO BN.

Dalam hal berkaitan, Hajiji berkata rombakan Kabinet yang dilakukannya Rabu lalu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sudah tentu saya beritahu dia. Bagi saya ini perlu bukan saja saya maklumkan kepada pucuk pimpinan (persekutuan) dan Perdana Menteri tapi apa yang kita lakukan ini adalah untuk kebaikan Sabah,” katanya.

Mengenai kenyataan Bung Moktar bahawa kemelut politik Sabah belum berakhir, Hajiji berkata itu pandangan peribadi Pengerusi UMNO Sabah itu.

“Ya, itu dia. Dialah punya cerita,” katanya.

Semalam, Bung Moktar berkata walaupun situasi politik di Sabah kini kelihatan tenang, namun pergolakan belum lagi selesai.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu bagaimanapun menafikan UMNO Barisan Nasional (BN) cuba menggulingkan kerajaan negeri, sebaliknya mengakui tindakan BN Sabah adalah untuk membetulkan hala tuju politik Sabah.

Baca Lagi:
Diganggu semasa bercuti di apartment top 10 yang berhantu di Port Dickson
Nak tunjuk buat kerja bagus, tukang cuci buktikan kerjanya bersih siap minum air dari mangkuk tandas
Ramai yang tak tahu, pasangan selalu gaduh sebab dua perkara ini..
CATEGORIES