Bermacam ujian dilakukan, Belgian Malinois anjing paling bijak di dunia

Bermacam ujian dilakukan, Belgian Malinois anjing paling bijak di dunia

Bermacam ujian dilakukan, Belgian Malinois anjing paling bijak di dunia. Satu kajian dijalankan ke atas 13 baka anjing yang berbeza mendapati Belgian Malinois merupakan anjing paling bijak di dunia.

Lapor Daily Mail, sekumpulan saintis menilai kira-kira 1,000 ekor anjing berdasarkan 10 ujian kebolehan yang membabitkan tujuh tugas kognitif dan tiga tingkah laku haiwan tersebut.

Antara ujian berkenaan termasuk keupayaan anjing itu membaca gerak isyarat manusia dan sekiranya haiwan peliharaan itu boleh melencong sekeliling pagar lutsinar berbentuk V untuk mendapatkan ganjaran makanan.

Bermacam ujian dilakukan, Belgian Malinois anjing paling bijak di dunia

“Para penyelidik juga menilai anjing tersebut dari segi sifat berdikari dan betapa cepatnya ia datang ke manusia untuk mendapatkan bantuan setelah diberi tugasan sukar ketika cuba mengakses makanan dalam kotak tertutup,” jelas laporan itu.

Baka malinois yang sering digunakan sebagai anjing pengesan oleh polis atau anjing pengawal, menduduki tempat pertama dengan memperoleh skor 35 daripada 39 mata.

Anjing dari baka border collies berada pada kedudukan kedua dengan 26 mata manakala baka hovawart pula mendapat tempat ketiga dengan 25 mata.

Penyelidik dari Helsinki Universiti di Finland, Dr. Katriina Tiira berkata, anjing baka Belgian Malinois menunjukkan prestasi yang menyerlah dalam banyak tugasan kognitif.

Malah, katanya, anjing dari baka itu juga berjaya mendapat keputusan sangat baik dalam kebanyakan ujian dijalankan.

Dilaporkan, anjing yang dipilih berdasarkan minat dan usaha haiwan itu mencari makanan dan tidak bertindak terlalu agresif kepada orang.

Para penyelidik memilih haiwan peliharaan itu yang berusia antara satu dan lapan tahun kerana sifat kognitif mungkin tidak berkembang sepenuhnya pada anjing lebih muda.

“Anjing yang lebih tua pula mungkin mengalami penurunan sifat kognitif tersebut,” jelas laporan itu.

Kesemua anjing berkenaan menjalani ujian smartDOG antara Mac 2016 dan Februari 2022.

Baca Lagi:
“Salam Sol”, pemuda dagu belah minta izin mahu jadikan ‘bidadari cantik’ Puteri Sarah sebagai isteri
Ramai yang tak tahu, pasangan selalu gaduh sebab dua perkara ini..
Pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak baru lahir ditangguhkan selama 6 bulan
CATEGORIES