Watie mula tunjuk bakat menyanyi, ramai puji suara sebijik macam arwah Siti Sarah

Watie mula tunjuk bakat menyanyi, ramai puji suara sebijik macam arwah Siti Sarah

Watie mula tunjuk bakat menyanyi, ramai puji suara sebijik macam arwah Siti Sarah. Gara-gara berkawan rapat dengan pelawak Shuib Sepahtu, usahawan Watie Hanifiah sering menjadi tumpuan ramai terutama dalam kalangan pengikut di laman Instagram.

Baru-baru ini, dia memuat naik sebuah video menunjukkan bakatnya menyanyikan lagu Indonesia berjudul Rapuh nyanyian asal Agnes Mo dipercayai di sebuah pusat karaoke.

Menerusi rakaman berdurasi seminit 30 saat itu, Watie dilihat berdiri sambil menyanyi dengan penuh emosi sekali gus menarik perhatian netizen bagi memberikan pelbagai reaksi.

Watie mula tunjuk bakat menyanyi, ramai puji suara sebijik macam arwah Siti Sarah

Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengakui vokalnya kedengaran merdu malah turut dikatakan hampir sama seperti suara Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu isteri kepada Shuib.

Suara pun iras arwah

Watie mula tunjuk bakat menyanyi, ramai puji suara sebijik macam arwah Siti Sarah

Suka dengar suara dia!

Watie mula tunjuk bakat menyanyi, ramai puji suara sebijik macam arwah Siti Sarah

Patut la Shuib berkenan?

Watie mula tunjuk bakat menyanyi, ramai puji suara sebijik macam arwah Siti Sarah

Suara unik.. teruskan

Watie mula tunjuk bakat menyanyi, ramai puji suara sebijik macam arwah Siti Sarah

Walau bagaimanapun, segelintir individu seolah-olah tidak berpuas hati mendakwa Watie terlalu mencuba mengikut gaya nyanyian Siti Sarah yang disifatkan tiada tolok bandingnya.

Gigih nak tiru?

Watie mula tunjuk bakat menyanyi, ramai puji suara sebijik macam arwah Siti Sarah

Watie mula tunjuk bakat menyanyi, ramai puji suara sebijik macam arwah Siti Sarah

Jangan samakan dengan arwah

Watie mula tunjuk bakat menyanyi, ramai puji suara sebijik macam arwah Siti Sarah

Sebelum ini, Shuib yang juga penyampai radio Suria FM meminta orang ramai tidak mempertikaikan keputusannya menjalinkan hubungan rapat dengan Watie.

Tegas Shuib, dia mengetahui baik buruk selain mendahulukan keinginan anak-anak dalam kehidupan berbanding dirinya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

“Saya fikirkan anak-anak dahulu. Saya mementingkan kesihatan mental mereka.

“Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu.

“Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja. Ini kerana saya hanya memikirkan mereka,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Baca Lagi:
Tiga pasport dari negara Asia ini paling berkuasa tahun 2023
“Salam Sol”, pemuda dagu belah minta izin mahu jadikan ‘bidadari cantik’ Puteri Sarah sebagai isteri
Nak tunjuk buat kerja bagus, tukang cuci buktikan kerjanya bersih siap minum air dari mangkuk tandas
CATEGORIES