Aksi kucing gergasi baka Maine Coon curi perhatian ramai, pandai buka pintu

Aksi kucing gergasi baka Maine Coon curi perhatian ramai, pandai buka pintu

Aksi kucing gergasi baka Maine Coon curi perhatian ramai, pandai buka pintu. Kata orang, manusia di dalam dunia ini terbahagi kepada dua jenis – yang meminati kucing dan anjing. Orang yang membela kucing kebiasannya mempunyai tahap kesabaran yang lebih tinggi kerana kucing terkenal dengan perangai mereka yang ‘bossy’.

Namun bagaimana pula jika kucing yang dibela mempunyai saiz seekor anjing?

Setinggi budak 2 tahun

Aksi kucing gergasi baka Maine Coon curi perhatian ramai, pandai buka pintu

Seekor kucing gergasi yang dipelihara oleh Yulia Minina dari Oskol, Rusia mengejutkan ramai apabila kucing itu dikatakan terlalu besar sehingga boleh membuka pintu rumah dengan sendiri.

Kucing baka Maine Coon bernama Kefir itu sering disalah anggap sebagai anjing oleh orang ramai kerana badannya yang panjang dan kaki yang tinggi. Malah jika dilihat dari belakang, Kefir memang seolah-olah seperti seekor anjing.

Aksi kucing gergasi baka Maine Coon curi perhatian ramai, pandai buka pintu

Aksi kucing gergasi baka Maine Coon curi perhatian ramai, pandai buka pintu

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Yulia, kucing itu dilihat berdiri sama tinggi dengan anak perempuannya yang sedang menyediakan makanan ringan di dapur.

Populariti kucing Yulia ini mendapat perhatian ramai pencinta kucing dari seluruh dunia. Rata-ratanya menyoalkan bagaimana diet pemakanan kucing itu kerana ia dilihat begitu besar dan sihat.

Ada juga yang menyamakan kucing itu sebagai bantal peluk kerana terlalu gebu dan panjang.

Comel kan?

Baca Lagi:
Siapa So Loi Fat?, ini jawapan Sanusi
Kerani imigresen gaji bawah RM4,000 miliki Rolls-Royce bernilai RM6 juta, rupanya ini yang dilakukannya
Kisah yang berlaku disebalik tabir pekerjaan penggali kubur, “3 kali berlaku jenazah bangun semula sebelum dikebumikan”
CATEGORIES