Kisah yang berlaku disebalik tabir pekerjaan penggali kubur, “3 kali berlaku jenazah bangun semula sebelum dikebumikan”

Kisah yang berlaku disebalik tabir pekerjaan penggali kubur, “3 kali berlaku jenazah bangun semula sebelum dikebumikan”

Kisah yang berlaku disebalik tabir pekerjaan penggali kubur, “3 kali berlaku jenazah bangun semula sebelum dikebumikan”. Dalam banyak-banyak cerita mengenai pekerjaan seseorang, jarang sekali kita dapat mendengar kisah yang berlaku disebalik tabir pekerjaan seorang penggali kubur.

Baru-baru ini, telah tular perkongsian daripada seorang penggali kubur yang dikenali Ayep, perkongsiannya itu telah mendapat perhatian daripada para netizen apabila dia menceritakan pengalamannya berjumpa dengan jenazah yang sudah mati kemudian hidup kembali.

Jenazah sudah mati kemudian hidup kembali

Kisah yang berlaku disebalik tabir pekerjaan penggali kubur, "3 kali berlaku jenazah bangun semula sebelum dikebumikan"

Perkongsian itu dibuat menerusi satu sesi live dan sedutannya dikongsikan oleh satu pengguna TikTok. Menurut Ayep, dia dan rakannya baru sahaja selesai gali kubur untuk seorang wanita yang baru sahaja meninggal dunia.

Bagaimanapun, dia kemudiannya menerima panggilan untuk membatalkan sesi pengebumian kerana dimaklumkan bahawa jasad wanita itu telah hidup kembali.

“Pukul 8:30 tadi, saya dekat luar. Saya pergi lepak dengan kawan. Lepas tu saya dapat berita daripada kawan saya. Dia suruh standby, nak kebumikan jenazah perempuan dalam pukul 11 lebih macam tu. Saya terus balik, kawan-kawan dah standby pergi kubur set up keluarkan lampu, cangkul, touch up lubang yang mana tak elok.”
“Lepas tu, pukul 9:23 macam tu, kawan saya info balik, dia cakap tak jadi kebumikan sebab jenazah hidup balik.”
Baca Lagi:
Kerani imigresen gaji bawah RM4,000 miliki Rolls-Royce bernilai RM6 juta, rupanya ini yang dilakukannya
“Ayah dalam penjara, ada lelaki selalu hantar bantuan makanan, mak pula makin lama makin rapat dengan lelaki itu sampai ajak tidur kat rumah hari-hari”
Orang ramai serbu kedai perabot terpakai yang bernilai RM300,000, pemilik kedai tak sangka boleh licin dalam satu hari
CATEGORIES