Update terbaharu WhatsApp, kini boleh edit mesej dalam tempoh 15 minit

Update terbaharu WhatsApp, kini boleh edit mesej dalam tempoh 15 minit

Update terbaharu WhatsApp, kini boleh edit mesej dalam tempoh 15 minit. WhatsApp telah mengumumkan ciri penyuntingan yang membolehkan pengguna mengubah mesej dalam tempoh 15 minit selepas ia dihantar.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg turut mengumumkan ciri baharu tersebut di laman Facebook miliknya dengan memaparkan mesej yang ditukar daripada Beast of luck! kepada Best of luck!

Perkhidmatan mesej dimiliki Meta itu telah mula melancarkan fungsi itu dan sedia untuk digunakan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Update terbaharu WhatsApp, kini boleh edit mesej dalam tempoh 15 minit

Mesej notifikasi akan dipaparkan selepas mesej telah disunting, namun penerima tidak akan dapat melihat mesej asal.

Ciri tersebut boleh diaktifkan dengan menekan pada mesej dihantar dan memilih ‘edit’ daripada menu pop-up yang muncul.

Sebelum ini, satu-satunya cara membetulkan mesej yang salah dihantar adalah dengan memadamkannya dan penerima akan dimaklumkan dengan frasa, ‘mesej ini telah dipadamkan’ (this message was deleted).

“Daripada membetulkan ejaan kepada menambah konteks pada mesej. Kami teruja untuk memberikan anda fungsi ‘kawalan’ ke atas perbualan anda,” ujar WhatsApp ketika mengumumkan ciri baharu tersebut.

Difahamkan, aplikasi pesaing seperti Telegram dan Signal telah menyediakan ciri tersebut malah Twitter turut menggunakan ciri sama kepada pelanggar perkhidmatan Twitter Blue yang memberikan tempoh selama 30 minit untuk menyunting ciapan masing-masing selepas ia dimuat naik.

Baca Lagi:
Tiz Zaqyah dedah kenapa sampai hari ini tak makan pisang, ini sebabnya
Suami kantoi curang, perbualan mesej pula buat isteri sedih sampai gigil tangan
Tertinggi dalam sejarah Malaysia, bidaan nombor plat ‘FF’ berjumlah RM34.2 juta
CATEGORIES