‘7 berita baik untuk rakyat Malaysia’, ini penjelasan Menteri

'7 berita baik untuk rakyat Malaysia', ini penjelasan Menteri

‘7 berita baik untuk rakyat Malaysia’, ini penjelasan Menteri. Video memaparkan senarai tujuh manfaat menarik yang ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook beliau pada Ahad.

Menurutnya, sejak dimuat naik di laman sosial TikTok, video berdurasi 42 saat itu sudah mendapat lebih 1.8 juta tontonan setakat jam 6 petang.

'7 berita baik untuk rakyat Malaysia', ini penjelasan Menteri

“Ada video TikTok berita palsu yang disebar sejak 20 jam lalu. Malah ada yang muat turun video ini dan menyebarkannya di platform lain seperti WhatsApp.

“Ini antara bahaya sebaran berita palsu,” katanya.

Sebelum ini, pemilik akaun TikTok dengan nama @saladintivi telah memuat naik satu video bertajuk ‘Tujuh Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia 1 Januari 2023’.

Tujuh perkara tersebut termasuk harga petrol RON95 menjadi RM1.50 seliter, harga kereta Perodua Myvi bernilai RM25,000, telur gred C RM10.90 sepapan, harga minyak masak RM23 bagi setiap lima kilogram (kg).

@saladintivi Terima Kasih Papa Anwar Ibrahim #newyear2023 #papaanwar #jajaranzahidanwar #kerajaanhoiyahoi #fyppm10 ♬ Epic Motivational – StereojamMusic

Selain itu, manfaat lain ialah kadar tol semua lebuh raya diturunkan ke 50 peratus, baki pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan dan semua tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dibebaskan.

Difahamkan video dengan kapsyen ‘Terima Kasih Papa Anwar Ibrahim’ itu sedang disebar luas oleh netizen menerusi pelbagai platform media sosial.

Dalam pada itu, Fahmi menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan bagi memastikan kesahihan sesuatu maklumat terlebih dahulu, selain membuat laporan kepada TikTok dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan segera.

“Ingat, semak sebelum sebar, tidak pasti jangan kongsi,” pesannya.

Baca Lagi:
Tok Mat, KJ dan Hishamuddin dijangka bertanding jawatan Presiden UMNO
Nad Zainal dan Ungku Ismail mahu umumkan khabar gembira buat peminat
“Hari ini ada rezeki lebih sikit”,- Ayah hanya mampu belikan plastik sebagai mainan untuk anak-anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *