Peluang buat rakyat Malaysia saksikan lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akan beraksi di Malaysia

Peluang buat rakyat Malaysia saksikan lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akan beraksi di Malaysia

Peluang buat rakyat Malaysia saksikan lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akan beraksi di Malaysia. Rakyat Malaysia kini berpeluang untuk melihat aksi lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang berkemungkinan akan beraksi di Malaysia.

Dunia digemparkan dengan berita perpindahan bekas penyerang berbisa Real Madrid ini yang telah membuat keputusan untuk meninggalkan bumi Eropah untuk berkelana di Al-Nassr, sebuah kelab Arab Saudi di Asia.

Pemain berusia 38 tahun itu akan memperkuatkan bekas semi finalis Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2021 ini dengan kontrak yang difahamkan selama dua tahun.

Peluang buat rakyat Malaysia saksikan lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akan beraksi di Malaysia

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat aksi bintang dunia ini di Malaysia sekiranya wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mara ke pusingan kalah mati kejohanan tersebut.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah pun memperkenalkan format baharu bagi saingan musim 2023.

Sebanyak 24 pasukan elit akan menyertai pertandingan ini yang sudah pun dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu zon Timur dan zon Barat.

Daripada 12 pasukan di setiap zon, hanya 8 pasuka sahaja yang akan layak ke pusingan kalah mati sekaligus berpeluang menyaksikan pertembungan epik ini.

JDT telah pun membuktikan bahawa pasukan dari Malaysia turut mampu mencipta sesuatu apabila berjaya mara ke pusingan kalah mati selepas membenam cabaran jaguh korea, Ulsan Hyundai dan juga Kawasaki Frontale.

Hasrat ini sudah tentu akan termakbul sekiranya pencapaian ini berjaya diulangi sekaligus berpeluang melihat pertarungan ini.

JDT akan terus memperkuatkan pasukan bagi membawa cabaran kelab dan negara di pentas bola sepak berprestij Asia tersebut sekali lagi tahun hadapan.

Baca Lagi:
“Hari ini ada rezeki lebih sikit”,- Ayah hanya mampu belikan plastik sebagai mainan untuk anak-anak
Pengerusi AFL Datuk Mohd Yusoff Mahadi terkejut logo kelab Melaka ditukar
Hairan bilik air mak mertua selalu berlendir, bila tanya suami, dia tunduk malu dan aku mula korek cerita…
CATEGORIES