“Hari ini ada rezeki lebih sikit”,- Ayah hanya mampu belikan plastik sebagai mainan untuk anak-anak. Semua ibu bapa sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kata kan apa sahaja, mereka akan cuba melakukan sedaya upaya untuk menyediakan semua keperluan anak-anak walaupun mereka dalam keadaan kurang berkemampuan.
Ada yang sanggup bekerja lebih masa, ada pula yang terpaksa duduk berjauhan dari keluarga semata-mata untuk meningkatkan status kewangan bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
Menggalas tugas sebagai ketua keluarga pastinya bukan sesuatu yang mudah. Memang seronok memiliki keluarga, anak-anak tetapi tanggungjawab yang digalas di bahu sangatlah berat. Namun, seberat mana, sebesar mana pun komitmen dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, mereka tetap akan melakukan yang terbaik demi keluarga tersayang.
Antara perkara yang tidak lupa untuk disediakan oleh ibu bapa ialah permainan anak-anak kecil. Walaupun ada yang kurang mampu membelikan permainan yang mahal, mereka tetap cuba untuk membelikan sesuatu yang boleh mengembirakan anak-anak. Tujuan mereka hanya satu, iaitu mahu melihat kebahagiaan anak-anak.
Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa yang membelikan plastik untuk anak-anaknya. Plastik untuk dibuat mainan? Kedengaran agak janggal bagi sesetengah orang, namun hakikatnya ada kanak-kanak yang sangat suka bermain dengan plastik yang dijadikan alat permainan mereka.
Menerusi video yang dikongsi oleh @ainuntazrie, di laman sosial TikTok, kelihatan lelaki itu meluahkan hasratnya untuk membelikan mainan buat anak-anaknya di rumah.
Namun, mungkin kerana belum berkemampuan seperti orang lain, dia akhirnya masuk ke dalam sebuah premis dan pergi ke ruangan yang menjual bermacam jenis plastik.
Menurutnya, dia membeli plastik sebagai ganti kepada alat permainan anak-anaknya dengan harapan agar kedua-dua orang buah hatinya itu akan suka dengan mainan baru mereka.
Apa yang membuatkan dia sebak ialah apabila dia melihat kedua orang cahaya matanya kelihatan sangat menyukai pemberian tersebut dan begitu gembira bermain plastik bersama-sama.
Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih daripada 40 ribu kali dan menerima hampir 5000 ‘like’ serta dihujani dengan pelbagai komen dari netizen.
@parkmood3 Alhamdulillah anak2 yang memahami 😭 #EA #kamisempoi #fyp #😭 ♬ nhạc nền – Art House Sapa
Rata-rata netizen turut tersentuh dengan video tersebut. Ramai juga yang memuji anak-anak kepada lelaki ini yang nampaknya tidak kisah dengan permainan yang diberikan. Mereka tidak memberontak atau merajuk malah gembira dengan mainan baru itu. Ramai juga yang mendoakan lelaki ini supaya sentiasa sihat untuk menari nafkah buat keluarga.