“Aku patut lebih hargai dia sebelum ini”, selamat pengantin baru suamiku

“Aku patut lebih hargai dia sebelum ini”, selamat pengantin baru suamiku

“Aku patut lebih hargai dia sebelum ini”, selamat pengantin baru suamiku. Assalamualaikum semua. Ini adalah kisah cinta yang memberi pengajaran buat kita; sebagai isteri, sebagai suami dan sebagai perempuan.

Aku perkenalkan namaku Rosie. Suamiku X. Kami berusia hujung 30an. Aku dan X sudah berkahwin selama 8 tahun dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Dan selama 8 tahun ini kami mempunyai hubungan cinta yang sangat utuh, tiada rahsia, saling support dari segi kewangan, perasaan, emosi dan lain-lain.

Aku boleh katakan perkahwinan ini sangat bahagia untuk diri kami dan orang lain. Kami pasangan yang normal, jarang bergaduh, selalu ketawa, foodhunting, travel sama-sama dan macam-macam lagi. Kami share impian yang sama, kami ada life goals yang sama.

"Aku patut lebih hargai dia sebelum ini", selamat pengantin baru suamiku

Tetapi semua berubah bila kami harus PJJ. Suamiku request untuk pergi ke seberang untuk menimba ilmu sebab bila dia kerja di KL, tiada apa yang boleh dia buat. Masuk kerja, tengok netflix, pegi meeting.

Kalau orang lain mungkin akan selesa dengan kerja macam ni. Tapi tidak suamiku, kami ada target untuk kerja dalam bidang ni tapi masalahnya sekarang adalah pengalaman. Selain itu, company yang suami kerja sekarang dah lama takde increment dan bonus.

Komitmen semakin banyak tapi financial masih static. Jika pergi ke sana, suamiku diberikan elaun dan boleh menampung komitmen yang semakin banyak.

Untuk pengetahuan, aku juga bekerja dan membantu dalam segala hal dan alhamdulillah company yang aku kerja ni stabil dan aku sangat bencikan company suamiku. Sangat.

Berat hati ini melepaskan cinta hati yang sudah sebati ini untuk berjauhan. Masih ingat ketika aku hantar suamiku di airport, kami sama-sama menangis.

Dalam hati ini aku dapat rasakan yang hidup kami akan berubah dan takkan pernah sama seperti dulu. Instinct seorang isteri.

Sejak berjauhan, tidak pernah aku lalui hari-hariku tanpa air mata kerana rindukan suami. Aku sampai tidur sambil peluk baju suamiku. Aku tak basuh sarung bantal dia kerana rindukan dia.

Setiap hari kami akan call dan video call. Selepas sebulan suamiku berada di sana, apabila dia balik, terasa cinta tu makin berputik-putik. Kami jadi seperti pasangan yang baru kahwin.

Tetapi bila masuk bulan ketiga, aku tengok suami aku kurus, cengkung, muka tak ceria. Aku boleh katakan seperti dia sedang mengalami depression.

Pada fikiranku suamiku rindu family dan sedang berjimat untuk makan kerana dia selalu cerita yang makanan di sana sangat mahal.

Pada suatu hari tu apabila dia balik, dia bertanyakan satu soalan yang serius tapi dalam keadaan yang bergurau untuk tutup rasa sedih.

“sayang sayangkan abang tak? sayang akan tinggalkan abang tak kalau abang buat silap?” .

Waktu ni aku dah dapat rasa something wrong happened to him. Perkara paling buruk yang aku dapat fikir adalah suamiku terlanjur. Itu je difikiranku.

Tiba giliranku membawa familyku bercuti di tempat suami bekerja. Dan masa tu kami berdua dalam bilik, dia telah mengaku yang dia telah terlanjur dan perempuan tu sedang mengandung 7 minggu. Hati aku hancur. Jiwa aku hilang. Dunia aku gelap. Tapi aku masih tenang.

Family aku ada dekat luar bilik tu, nak nangis nak meraung tapi kena tahan. Suamiku menangis minta maaf. Kawan-kawan yang tahu semua suruh dia tinggalkan perempuan tu. Perempuan tu sendiri suruh suami aku blah apabila dia tahu yang lelaki yang dia tiduri adalah suami orang.

Suami kata sejak dia terlanjur dan tahu ada baby tu dia tak lalu makan, tak boleh tidur, asyik menangis, tak fokus kerja sebab rasa berdosa, menyesal dan bersalah.

Dan sejak itu dia kata dia tak boleh videocall aku sebab dia takut akan menangis. Ya suamiku seorang yang berhati lembut, baik tapi selalu buat benda bodoh.

Katanya perempuan itu selalu kawannya bawa ketika lepak ramai-ramai. Perempuan tu pulak dengar je orang semenanjung, taraf bos2, ada rupa pula apa lagi. Terus ambil peluang. Perempuan tu dia baru jumpa 2, 3 kali.

Suamiku cakap sejak duduk sana dia cuba untuk ‘minum’ kerana budaya disana walaupun muslim tapi minum tu macam takde apa dan dia terpengaruh. Pada malam tu suami mengaku dia minum dan dia ikut perempuan tu ke hotel.

Dan silap terbesar suamiku dan kawan-kawannya adalah mereka tidak memberitahu status diri sendiri which is suami orang.

Mula-mula suami suruh gugurkan tetapi apabila dia bawak perempuan tu pegi scan dan dah ada degupan jantung, everything changed. Suami aku nak bertanggungjawab.

Aku? Rasa nak pecah dada. Sepanjang percutian tu aku tahan sedih. Masuk bilik je nangis. Tengah tidur tiba2 terbangun menangis.

Untuk pengetahuan, hati aku remuk mengenangkan yang 8 tahun kami cuba untuk dapatkan zuriat, turun naik hospital tetapi hanya dengan one night standing suamiku mengandungkan orang.

Nampak sangat hanya aku yang bermasalah tak boleh bagi zuriat lagi. Can you imagine how I feel yang selama ni kau je yang bermasalah?

Sebelum kami PJJ tu aku baru je failed rawatan IUI, nak sambung tiba-tiba suami jauh. Can you imagine how broken I am? Jauh dari sudut hati ini mengharapkan Allah ambik balik anak tu dan beri kami peluang sekali lagi.

Apa yang lebih membuatkan aku hancur adalah suami nak nikah dengan perempuan tu untuk selamatkan status anak tu bila dapat tahu background family perempuan tu. Perempuan tu selalu pegi club, minum, sosial dan datang dari broken family.

Orang tak ade anak, tiba2 ada anak, mestilah sayang kan? Suami aku cakap dia selalu doa nak anak. Sekarang makbul doa dia. Allah dah cakap sabar tapi kau duk minta juga macam marah dengan Tuhan last2 Tuhan bagi kau anak dengan cara yang paling hina.

Aku? Aku tak tahu kenapa tetapi cinta aku dekat suami lebih besar dari kesalahan dia sebab aku tahu suami aku macam mana. Aku dapat maafkan dia.

Selama ni semua kawan2 dia kenal aku kerana namaku sentiasa meniti dibibirnya, aku adalah isteri kebanggaan. Sebelum aku pulang dari bercuti, aku ada pergi ke tempat kerja perempuan dalam mood penyamaran untuk aku tengok macam mana peribadi perempuan tu atas izin suami.

Dari segi pakaian biasalah seperti gadis2 sosial, dari segi percakapan she just a normal girl. Aku ada korek dari bos dia. Dan rupa-rupanya dia dah ada dua orang anak. Ya, dua orang anak tak sah taraf hasil dari hubungan dengan bekas kekasih.

Bekas kekasih dia tinggalkan dia selepas tahu dapat anak kedua. Dan sekarang suamiku akan menanggung seluruh masa silam dia.. aku boleh terima anak2 dia yang lain sebab mereka tak salah tapi kenapa suami aku yang kena tanggung masa silam dia??

Masa aku beritahu suami pasal ni dia lega dan tak jadi berkahwin. Tetapi suamiku terlalu baik dan pergi berjumpa dengan mak perempuan tu untuk mengaku kesalahan dia dan ingin bertanggungjawab dengan baby tu.

Mak perempuan tu kecewa. Ini kali ketiga anaknya berzina sampai dapat anak. Mula-mula mak dia cakap jangan nikah dan bagi peluang kat anak dia untuk bahagia dengan lelaki bujang sebab mak dia pun dimadukan.

Dipendekkan cerita mak dia mintak untuk mereka nikah. Aku tak tahu mana dapat kekuatan untuk berdepan dengan perempuan tu. Mungkin sebab aku tahu dia bakal jadi maduku so aku kena berdepan.

Sejak dari tu hidup aku murung. Aku ambik MC sebab depression, aku menangis depan doktor, aku tak lalu makan, aku dapat anxiety, gastrik, hilang berkilo-kilo sebab tak makan. Aku jadi seksa diri aku supaya cepat mati.

Sesungguhnya aku takde tempat mengadu sebab nak jaga aib suami. Aku pendam. Puas aku merayu jangan nikah sebab tak sanggup diduakan dan takut untuk hilang suami ku.

Suami cakap yang dia sangat memerlukan support dari aku kerana aku adalah sumber kekuatannya lebih dari orang lain. Dua bulan dia mengalami depression kerana tak tahu nak buat apa.

Dia sanggup hilang family dan kawan-kawan bila kahwin dengan perempuan tu atas dasar tanggungjawab tetapi tak sanggup jika aku tinggalkan dia.

Aku sebagai perempuan sudah semestinya minta diceraikan, paling tidak pun aku boleh mintak fasakh. Tetapi bukan mudah.

Jiwa kau dan dia dah sebati dan kami sebelum ni takde masalah pun. Semakin aku nak menjauh semakin Allah tanam rasa sayang tu kepada suami dan suami mengaku benda yang sama.

Kami tak kuat bila salah sorang takde. Suamiku amat memerlukan support aku. Aku sedar yang I need him. Aku mungkin boleh nikah lain tapi takkan sama. Aku tak sanggup.

Aku rasa aku ni terlalu baik. Aku call perempuan tu luahkan semua luahkan isi hati aku yang terpendam ni. Aku cakap dekat dia ”Kamu ada anak-anak untuk kuat tapi saya? Saya cuma ada suami saya”.

Berkali-kali dia mintak suamiku untuk lupakan dia tetapi suamiku tetap nak teruskan berkahwin sebab anak tu. Aku kecewa lagi. Sekarang aku bagaikan menyaksikan percintaan suamiku sendiri.

Kawan-kawan suami yang tahu semua suruh nikah senyap2 tetapi suami tak nak membelakangkan aku sebagai isteri. Dia kata biar dia hilang mak dia kalau nikah senyap2 tapi bukan hilang aku.

Kami dah dapatkan pandangan dari ustaz di Jabatan Agama dan sebaik-baiknya adalah nikah.

Aku? Aku tengah ajar hati aku untuk redha. Aku boleh pergi tapi bukan senang. Aku tak boleh tinggalkan suami aku diwaktu dia sukar.

Selama 8 tahun aku sangat bahagia. Dia suami kebanggan, menantu kebanggaan. Syaitan pun akan bergembira kalau kami bercerai. Suami ada janji kalau his marriage with her tak lancar or dah tak boleh teruskan dia akan ceraikan perempuan tu.

Cuma satu je dia nak anak tu ada masa depan. Dan perempuan tu ada cakap kalau mereka nikah dia nak diceraikan lepas melahirkan, the marriage cuma nak selamatkan status anak dan menutup aib ibu.

Tapi aku tak rasa suami aku akan sanggup menceraikan orang. I know him better. Mereka akan berkahwin tak lama lagi supaya anak tu boleh berbin/bintikan suamiku. Ya mengetahui suamiku akan bernikah lain sudah cukup buat aku gila.

Para pembaca sekalian, dari pengalaman ini aku nak nasihatkan supaya hargai suami anda sekalian walau teruk pun dia macam mana. Dulu aku selalu jugak rasa terbeban bila suami culas untuk tolong buat kerja rumah.

Bila dia pergi aku sedar yang Allah dah tarik rasa nikmat merawat suami. Bila sekarang terpaksa berkongsi, aku lebih menghargai beliau.

Aku sedar yang suami adalah pinjaman Allah.

Aku patut lebih menghargai dia sebelum ni. Aku tak patut mengeluh bila dia mintak aku masakkan makanan kegemaran. Sejak dia pergi, aku rindu rutin-rutin harian aku untuk suami beberapa bulan lepas. I should treat him better.

Kalau ada mesin masa, aku nak putarkan balik waktu dan hargai dia sebaik-baiknya. Suami aku cakap kalau waktu boleh diputarkan, dia pilih untuk tak PJJ dan pilih aku dari wang.

Para pembaca sekalian, doakan syurga buat aku atas kesabaran ini. Doakan Allah ganti kesedihan ini dengan zuriat sendiri sebagai sumber kekuatan.

– Rosie (Bukan nama sebenar)
Baca Lagi:
“Hari ini ada rezeki lebih sikit”,- Ayah hanya mampu belikan plastik sebagai mainan untuk anak-anak
Pengerusi AFL Datuk Mohd Yusoff Mahadi terkejut logo kelab Melaka ditukar
Hairan bilik air mak mertua selalu berlendir, bila tanya suami, dia tunduk malu dan aku mula korek cerita…
CATEGORIES