30 tahun berkhidmat jadi pembaca berita TV3, Raymond Goh meninggal dunia

30 tahun berkhidmat jadi pembaca berita TV3, Raymond Goh meninggal dunia

30 tahun berkhidmat jadi pembaca berita TV3, Raymond Goh meninggal dunia. Pembaca berita Nightline di TV3, Raymond Goh atau nama sebenar, Muhammad Zaman Goh Abdullah, 62, meninggal dunia di Petaling Jaya, Selangor, pagi tadi.

Berita sedih pemergian penyampai berita bersuara emas itu diumumkan keluarga Allahyarham Raymond melalui kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kenyataan itu, isteri, Faridah Teh dan keluarga memberitahu, Allahyarham Raymond pergi dalam keadaan tenang, pagi tadi, selepas bertarung dengan kesan serangan angin ahmar.

30 tahun berkhidmat jadi pembaca berita TV3, Raymond Goh meninggal dunia

Difahamkan jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, selepas solat Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, di sini.
Terdahulu, penyampai berita TV3 itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.

Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada Nightline di TV3.

Allahyarham berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan.

Baca Lagi:
Ramai tak percaya itik merempit di lebuh raya dengan kelajuan mengejutkan
Ramai yang tak tahu, ini cara betul parkir kereta tayar kena senget!
Ramai tak sangka ini senarai gaji artis terkenal Malaysia ketika buat persembahan
CATEGORIES