3 kisah rumah sewa yang aku pernah duduk

3 kisah rumah sewa yang aku pernah duduk

3 kisah rumah sewa yang aku pernah duduk. assalamualaikum. thank you admin publish story gue. nama aku iman.

Kisah 2013 waktu zaman belajar di sebuah kolej swasta bertempat dikelana jaya. banyak kisah pahit getir dalam rumah tu. rindu mat. ada beberapa kisah yang aku nak story & maaf kalau tak seram yea so enjoy guys.

3 kisah rumah sewa yang aku pernah duduk

Story 1:
Rumah aku ada 2 ruang tamu, 3 bilik 2 bilik air. ketiga2 bilik ni aku pernah duduk. sem 1 aku duduk bilik master bedroom. dalam bilik ni ada 3 katil double decker. 1 katil berhadapan pintu tandas, lagi dua gabung bentuk L. aku punya mengadap tingkap & katil senior aku mengadap katil pertama tadi.

Kisah nya bermula bila senior aku balik dalam 2 pagi. ketika melangkah masuk dia melihat semua dibuai mimpi, tak tahu kenapa semua tido awal time tu kalau tak kemain ligat nak tido hahaha, selesai bersih kan diri dia pun terus tido tetapi lena nya tak panjang, selang beberapa jam dia terasa seakan2 orang mengejut nya. dia pun terjaga dalam keadaan mamai dan melihat aku & zul disebelah kiri nyenyak dibuai mimpi.

Bila toleh ke belah kanan ia terpandang katil di hadapan tandas. di katil atas bahgian tangga dia nampak seorng housemate tengah duduk kaki menjulur kebawah badan mengadap tandas manakala mukanya pandang tepat kearah dia. muka badan semua seakan2 megat (bukan nama sebenar). sambil senior aku memanggil megatt…. gattt… gatttt…

Tapi takde respon, dia hanya renung tepat dimuka senior aku. (bila nak tido rumah kami gelap n hanya lampu koridor dapur saja yg menerangi, itupun samar2 sebb pintu buka sikit) senior aku terasa lain macam terus dia tarik selimut selubung hingga terlelap. Bila esoknya masing2 bersiap untuk pergi ke kelas. senior aku ni bangun n tanya aku “mana si megat eh” . aku pun membalas “dia cakap, dia tido rumah membe, awat doe?” senior aku dia seribu bahasa.

Masa pun berlalu, petang tu senior aku pun cerita apa yang dia lalui tu. Dah penyudah nya aku lakk risau. berfikir matt cane aku nak tido malam ni.

Malam pun sampai. korang tahu punya lahh aku berfikir, sampai takleh tido mat pkul 11, 12, 1 ok lagi. masuk je pkul 2 lebih bila semua dah tido kan. sunyii je. aku dengar orang main plastik bai. lagi wahare aku hahahaha. aku lelap je mata sambil mengadap dinding tpi plastik meriah bunyi. sampai laa azan baru hilang. baru dpat lelap. penyudah nya esok cuti class. yealaaa jenis aku kena biasa dulu duduk tempat baru ni. bila dah biasa baru ok. hehe sekiann

Story 2:
story ni pendek sikit, lepas je aku kena dari story no 3 ni aku borak laa dngan senior2 aku. diaorng cerita bilik pertama tu memang orang gantung diri m**i & tandas luar tu pernah foreigner m**i overdose dadah. beberapa beberapa bulan/tahun rumah tu dijadikan rumah student. hahaha tiunasenggg ! …. diaorng tahu dari guard & ada jiran yang bagitau. allahuaklam…

Kisah lain, aku suka basuh baju tengah malam. (tandas ni yg foreigner m**i overdose tu) sambil mandi n basuh baju kau bayangkan tetiba tandas tu flush sendiri bai. sebb selama aku pakai ni relax je takde apa2 pun. tetiba malam tu flush sendiri & air hitam kalau tak silap. aku risau juga time tu aku settle kan cepat2 n masuk bilik. alhamdulillah takde apa2 berlaku.

Kes satu lagi time tu aku baru balik dri cuti weekend. selalunya housemate ada sorang dua tak balik tpi aku tak thu kenapa rumah kosong time tu. aku sampai petang waktu tu.
dalam 5 lebih aku sampai sebbkan bosan takde orang aku tertido dlam blik pertama then aku tersedar bila aku terdngar bunyi orang berkemas & macam borak laa. aku terus bangun sebb ingat kan zul kawan aku balik.

Buka pintu sekali takde orang doe. menung jap aku tengok jam pukul 7.15. aku boleh tercengang. kiwak tol. yealaa maghrib2 tido pun satu hal juga. aku tutup pintu duduk atas katil menung hahaha. bila aku dengar grill buka je terus aku tinjau akhirnya diaong balik legaa sikit. sekian sorry kalau tak seram yea

Story 3:
kisah ketiga ni berlaku sem 2. masuk sem 2 ni senior aku yg cuti short sem pun dah masuk balik & senior (story1) yang kena kacau tu cuti short sem pula. rezeki aku dapat bilik no2 berhadapan tandas. bilik no 2 ada 2 katil double decker. rumah kitaorng ramai dlam 13 orang.

Kisah bermula bila, masing2 tengah buat assignment dekat ruang tamu depan. sambil buat2 tu senior2 aku ni keluar bilik riuh mat sebb nak sambut birthday salah sorang senior. diaorng letak kimi (birthday boy) dekat tandas bilik pertama tu. ( sebb nak simbah air busuk yg dicampur dengn pelbagai benda, biasa lah chef kan) bila dah simbah tu memang riuh sangat.

Yang batch aku ni tak rapat sangat dngn senior, so bila dah riuh diaorng pergi katil masing2. hanya aku & 2 orang je yang rapat.. bila dah jerit2 nyanyi sambil simbah air busuk telur ni, kimi ni macam sound laa jangan bising sangat marah jiran nanti then selang beberapa saat tu semua macam terdiam bila terdengar dua tumbukan di dinding yang agak kuat. TANGGGG…. TANGGGG…macam amaran laaa suruh diam. aku tengok jam dalam 1 lebih. senior aku sorang ni masuk air. dia pun balas balik 2 kali tumbukan tu TANGGG…. TANGGGG… korang tahu diaorng ni balas membalas sampai lah kali ke empat then senyapp.

Kitaorng ingat jiran atas dah letih or malas layan. selang beberapa saat tu bunyi yang lagi kuat dari sebelum and tumbukan yang bertalu2, TANGGG… TANGGG… TANGGGG… semua terdiam menyepi mat. memasing pandang satu sama lain then senior aku cakap “ni bukan manusia bai”. senior semua masuk bilik memasing then aku takleh tido sebab buat assignment, esok nak hantar ni.

Aku tak tido bilik sebab tumbukan tu dari jiran atas bilik sebelah aku so aku dengn 2 orang ni bentang tilam dkat ruang tamu satu. masa tu dalam pukul 3 pagi. aku pelik membe aku boleh tido bai atau buat2 lelap. senior2 tu pun tak keluar bilik so aku jela yg tak tido lagi dekat ruang tamu tu sambil buat kerja.

Waktu tu pukul 3 pagi, mula2 rasa takut lama2 jadi semak juga. gentle bising bila aku rasa dah semak tu aku buat bodo je tutup semua lampu depan. hanya lampu laptop n lampu koridor bahgian dapur saja yang menerangi. niat aku nak settle kan kerja ni. aku taknak fail.

Sambil aku menyala marlboro & sandar didinding mengadap jalan nak ke ruang tamu 2 n bilik no 1, depan aku ternampak ada macam satu kepala tinjau keluar dari bilik no 1 tu. mcam mengintai laa. dalam hati aku trus “fakk siapa pula ni” aku buat bodo time tu seram mat. nyesal aku tutup lampu.

Sambil benda ni berlaku bunyi tumbukan tu tak hilang yea. aku hadap je laptop tak pandang kiri kanan walaupun aku mcam nak pandang. (memang mata aku hadap laptop tapi ada lampu dari koridor dapur yg samar2 membuatkan ekor mata aku macam perasan ada sesuatu yg meninjau) aku buat bodo sampai aku pun tak perasan dah takde then sampai lahh subuh berkumandang bunyi tu makin reda and hilang.

Lega hati aku mat. keesokan budak2 ni naik tingkat atas & tengok mcam dah lama tak balik/berpenghuni. sejak dari tu masing2 jaga adap. ingat bukan kita saja yg ada dimuka bumi ni. manner come first braderrrr

Ada rezeki aku cerita pengalaman kena di bilik no 2 n bilik ketiga last sem.

Baca Lagi:
Kisah hidup pelakon senior Nor Albaniah, tanpa rasa malu terpaksa hubungi pengarah…
3 beradik yatim piatu hidup sendirian, cari duit sendiri dengan menjual lidi penyapu RM0.30sen satu ikat
Aksi lelaki panjat pagar jiran buat ramai bersangka buruk, rupanya dia berniat baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *