Tukang masak dipenjara 15 tahun, 10 sebatan simpan gambar lucah

Tukang masak dipenjara 15 tahun, 10 sebatan simpan gambar lucah

Tukang masak dipenjara 15 tahun, 10 sebatan simpan gambar lucah. Seorang tukang masak warganegara Thailand dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol dan memiliki gambar lucah mangsa, Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Ilham Wedue-oh, 26, yang kelihatan sugul, mengangguk faham dan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa bawah umur yang berusia 15 tahun di tempat rehat pekerja di Hentian Anjung Paloh 02, Oktober tahun lalu

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan.

Tukang masak dipenjara 15 tahun, 10 sebatan simpan gambar lucah

Tertuduh juga didakwa terbabit dalam penghasilan pornografi kanak-kanak iaitu mangsa yang sama dengan menggunakan telefon bimbit di lokasi dan tarikh yang sama.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan.

Selain itu, tertuduh turut didakwa tidak memiliki pas yang sah bagi memasuki Malaysia di lokasi yang sama, jam 8.30 malam, pada 4 Januari 2023.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63(Akta 155) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta sama yang boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya atau tidak lebih enam sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh merayu kepada mahkamah supaya mengurangkan hukuman terhadapnya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan empat sebatan bagi pertuduhan rogol, penjara 15 tahun dan enam sebatan bagi penghasilan pornografi dan lapan bulan penjara untuk pertuduhan tidak memiliki pas sah.

Hakim mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 4 Januari lalu.

Baca Lagi:
3 kisah rumah sewa yang aku pernah duduk
Kisah hidup pelakon senior Nor Albaniah, tanpa rasa malu terpaksa hubungi pengarah…
Sebab seorang lelaki ini, habis terbongkar perangai ‘sial’ pengasuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *