Ayah mertua gementar, tersilap sebut nama ayah pengantin lelaki ketika akad nikah. Detik akad nikah pasti mendebarkan buat kebanyakan para lelaki untuk bersalaman dengan wali mahupun tok kadi. Namun, perasaan gementar itu turut dirasai oleh ahli keluarga dan pengantin perempuan.
Ayah mentua gementar
Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok, kelihatan pengantin lelaki sedang bersiap sedia untuk melafazkan ayat lengkap untuk menghalalkan pilihan hati.
Walau bagaimanapun, riak wajah pengantin lelaki serta merta berubah apabila ayah mentuanya menyebut nama ayah kepada pengantin lelaki tersebut.
Eh ehh itu nama ayah saya.
Hal itu membuatkan riuh dengan gelak tawa daripada para keluarga dan tetamu yang hadir. Pengantin lelaki juga menerima pujian kerana sikapnya yang kekal tenang dan sopan ketika menegur silap ayah mentuanya.
Rentetan daripada itu, proses akad nikah dilakukan sekali lagi bagi mengesahkan pasangan tersebut.
@apexpetai95 Alhamdulillah š¤²š» semuanya berjalan dgn lancarā¤ļøš¤ #akadnikah #nikahmuda #fypnikahmuda ā¬ Laxed – Jawsh 685
āNasib pengantin sedarā
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kejadian tersebut dan sempat berseloroh mengenainya.