Zahid umum perlantikan Pengerusi Majlis Ulama UMNO

Zahid umum perlantikan Pengerusi Majlis Ulama UMNO

Zahid umum perlantikan Pengerusi Majlis Ulama UMNO. Datuk Dusuki Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO yang ditubuhkan parti itu sempena Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir, hari ini.

Dusuki adalah bapa kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi.

Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulungkan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO.

Zahid umum perlantikan Pengerusi Majlis Ulama UMNO

“Sukacita saya mengumumkan perlantikan Datuk Dusuki Ahmad sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO.
“Dengan perlantikan ini, kita mengharapkan golongan ulama akan dapat bersama-sama membimbing perjalanan kita agar sentiasa berada di landasan yang benar,” katanya.

Pada ucapan dasar presiden semalam, Ahmad Zahid menyatakan penubuhan Majlis Ulama UMNO yang pernah diusulkan sebelum ini dilaksanakan segera.

Penubuhan majlis itu antara perkara pertama dalam lima hala tuju yang digariskan Presiden UMNO untuk memastikan parti dapat bergerak ke hadapan sesuai dengan perubahan sikap, pemikiran dan landskap politik negara.

Ahmad Zahid menjelaskan penubuhan Majlis Ulama UMNO penting kerana hubungan Ulama dan Umara’ adalah elemen penting dalam memastikan urusan petadbiran negara sentiasa berpedoman, berpandukan Al Quran dan As Sunnah.

“Dengan perlantikan ini, kita mengharapkan golongan ulama akan dapat bersama-sama membimbing perjalanan kita agar sentiasa berada di landasan yang benar,” katanya.

Baca Lagi:
Ramai terkejut bila tengok rider Grab tayang ‘income’ lebih RM100,000
Amalan penjaga kebun suka bersedekah membuka mata lelaki ini..
Dari RM500 kini jadi RM9k, wanita umur 19 tahun kongsi cara buat income mampu ubah hidup keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *