Ramai terkejut bila tengok rider Grab tayang ‘income’ lebih RM100,000

Ramai terkejut bila tengok rider Grab tayang ‘income’ lebih RM100,000

Ramai terkejut bila tengok rider Grab tayang ‘income’ lebih RM100,000. Baru-baru ini tular gambar ‘income’ seorang rider menghantar makanan di laman twitter. Mana tidaknya, dalam tweet dari akaun @norazambudin berkongsi ‘screenshot’ daripada video TikTok di mana seorang rider syarikat penghantaran tpopular mendakwa memperoleh RM200 sehari.

Selain pendapatan hariannya, penunggang itu juga mendedahkan bahawa dia mempunyai lebih RM100,000 dalam e-dompet Grab miliknya, yang kesemuanya diperolehi semasa bekerja sebagai rider Grab.

Ramai terkejut bila tengok rider Grab tayang 'income' lebih RM100,000

Terkejut dengan pendapatan rider itu, pengguna Twitter bertanya kepada pengikutnya sama ada benar penunggang penghantar makanan boleh memperoleh wang sebanyak itu.

“Lain macam brader ni punya flex? Betul ke rider2 punya income?” tulisnya di laman twitter

Berikutan tweet tular itu, ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada rider penghantar makanan benar-benar boleh menjana ‘income’ sebanyak itu.

Seorang netizen berkongsi bahawa rider hanya boleh memperoleh wang sebanyak itu jika mereka bekerja siang dan malam. Bagaimanapun, jika rider kerja kerasa sebegini boleh membahayakan kesihatan mereka.

Ramai terkejut bila tengok rider Grab tayang 'income' lebih RM100,000

Sehingga berita ini ditulis, ia masih belum disahkan sama ada imej tersebut telah disunting.

Tweet itu bagaimanapun telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan dan telah ditweet semula lebih 1,800 kali di Twitter.

Baca Lagi:
Amalan penjaga kebun suka bersedekah membuka mata lelaki ini..
Dari RM500 kini jadi RM9k, wanita umur 19 tahun kongsi cara buat income mampu ubah hidup keluarga
Pasangan suami isteri jadi jutawan segera selepas terjumpa sesuatu berbentuk ‘tin cawan’ yang berisi duit syiling emas
CATEGORIES