Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun. Setelah tiba hujung minggu, para ibu bapa pasti mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti bersama selain membeli-belah di pusat beli-belah.

Tetapi apabila sering melakukan aktiviti yang sama, anak-anak juga tidak mendapat pendedahan mengenai dunia luar. Sekali sekala, ibu bapa mestilah merancang untuk membawa anak melakukan aktiviti yang melibatkan alam sekitar dan lain-lain.

Kadang-kadang, tidak semua aktiviti memerlukan wang yang banyak untuk berseronok, ada juga yang tidak melibatkan wang ringgit untuk mencipta kenangan terindah bersama yang tersayang.

Dalam satu kumpulan Facebook, seorang individu meminta cadangan kepada pengguna media sosial yang lain untuk mencadangkan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak.

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

“Modal ada RM100 ringgit sahaja, selain Pusat Sains Negara mana lagi tempat yang tidak bergantung dengan duit? Asalkan anak happy,” memetik hantaran itu.

Jika diteliti maksud individu berkenaan, dia dipercayai mahu membawa anaknya berjalan-jalan di tempat menarik. Namun lokasi yang ingin dilawatinya kalau boleh tidaklah terlalu ‘makan modal’ sangat.

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

Pendek kata mungkin individu berkenaan tidak begitu berkemampuan untuk pergi ke tempat yang kosnya tinggi, justeru pilihan yang ada adalah tempat yang murah tiket masuknya atau lebih baik, percuma.

Hantaran tersebut mendapat sebanyak 1,700 tanda suka, kira-kira 1,800 komentar dan 3,200 perkongsian yang dibuat oleh pembaca.

Rata-rata pengguna khususnya ibu bapa meninggalkan komen mengenai tempat yang telah mereka ziarahi tanpa menggunakan kos lebih daripada RM100.

Cadangan yang diberi oleh mereka tidak hanya di ibu kota tetapi juga di negeri lain seperti Johor, Melaka, Selangor dan lain-lain yang mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi.

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

Selalu mengunjung ke tempat tersebut, Syazwani Jamil mengambil peluang menyarankan orang ramai untuk pergi ke Taman Botani Perdana Kuala Lumpur kerana kemasukannya percuma selain taman permainannya berpelbagai untuk jenis umur anak.

“Boleh beriadah juga, senang-senang dapat 10,000 langkah kalau datang sini. Cuma kena bayar parking sekali masuk RM4,” katanya.

Rubinga Heritage, Gombak

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

Dalam pada itu, Nabila Baharudin mencadangkan tempat di Gombak iaitu Rubinga Heritage yang mempunyai pelbagai jenis haiwan yang boleh dipegang seperti kuda, arnab dan burung. Ia dibuka setiap hari pada 5 petang hingga 7 petang dan hujung minggu dibuka pada 4.30 petang.

Difahamkan juga, kemasukan di tempat itu adalah percuma dan sekiranya ingin melakukan aktiviti menunggang kuda perlu membayar RM2 untuk kanak-kanak dan RM3 untuk dewasa.

Untuk membelai arnab pula, perlu membayar RM1 dan akan dapat semangkuk lobak sekali masuk. Tempat itu juga mempunyai aktiviti lain seperti memanah.

Bukit Jelutong Eco Community Park, Shah Alam

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

Sementara itu, Harith Baharudin juga memberi mencadangkan Bukit Jelutong Eco Community Park di Shah Alam yang memaparkan pelbagai haiwan di tempat itu seperti itik, kambing, ayam, angsa, arnab dan lain-lain.

Kemasukan adalah percuma dan yang paling penting, orang ramai mestilah menjaga kebersihan agar tempat itu tidak dipenuhi dengan sampah dan dapat dinikmati dengan gembira.

Tempat tersebut dibuka setiap hari dan akan ditutup pada jam 7 petang.

Taman Saujana Putrajaya

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

Sekiranya sudah terbiasa dengan kawasan Putrajaya, pastinya Taman Saujana akan memikat hati untuk berkelah bersama dengan anak-anak.

Tempatnya yang luas serta mempunyai taman permainan membolehkan kanak-kanak untuk bersuka-ria menghayati ciptaan alam. Kemasukannya juga adalah percuma.

Individu bernama Cik Naa MariNa mencadangkan untuk pergi ke Anjung Floria Putrajaya bagi menikmati pantai buatan yang terletak di pinggir tasik besar Putrajaya.

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

Individu bernama Miz Atom mencadangkan untuk bawa anak-anak menaiki kereta api dengan kadar diskaun bagi kanak-kanak. Malah menariknya, makanan pula dibawa bekal dari rumah.

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

Haryatie Mohd Yusof pula berkongsi itinerari percutian bajet bersama keluarga dengan kos yang rendah di beberapa lokasi mudah di sekitar ibu negara. Menariknya, antara lokasi pilihan mereka sekeluarga ialah perpustakaan.

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

Selain itu Wawa Shauqi mencadangkan Taman Tasik Shah Alam sebagai lokasi pilihan menarik bagi mereka yang ingin merasai aktiviti sukan ekstrem bersama keluarga dengan kos yang rendah.

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

Lokasi di negeri lain

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

Selain itu, Mastura Marzuk mencadangkan beberapa tempat di Johor yang boleh dikunjungi ramai seperti taman permainan di pusat membeli belah Medini di Iskandar Puteri, Johor, Tasik Emerald dan Puteri Harbour.

Aktiviti menarik juga boleh dilakukan di kawasan lapang yang bersesuaian dengan kanak-kanak untuk meneroka persekitaran.

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

Ada juga yang mencadangkan orang ramai untuk membawa anak-anak berjalan di KLCC Park sambil membawa makanan dari rumah.

Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun

Selain itu, ramai juga yang mencadangkan untuk para ibu bapa membawa anak ke pantai. Bukan sahaja dapat meluangkan masa bersama tetapi mencipta kenangan dengan membina istana pasir bersama-sama.

Untuk meluangkan masa dengan anak kadang-kadang tidak perlukan modal juga, cukup dengan membawa mereka ke taman dan meluangkan masa melayan karenah mereka.

Tetapi tidak salah untuk menjadikan kenangan itu sebagai diingati dengan melawat tempat yang menarik di negara ini.

Baca Lagi:
Zahid umum perlantikan Pengerusi Majlis Ulama UMNO
Ramai terkejut bila tengok rider Grab tayang ‘income’ lebih RM100,000
Amalan penjaga kebun suka bersedekah membuka mata lelaki ini..
CATEGORIES