Zahid, Tok Mat keluar dari pintu 2 Istana. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali Tok Mat selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Kedua-dua tokoh politik itu keluar dari pintu 2, Istana Negara pukul 11.20 pagi selepas mengadap Yang Dipertuan Agong selama 40 minit.
Terdahulu, Utusan Online melaporkan kenderaan yang membawa Presiden UMNO itu dilihat memasuki pekarangan pintu 2 Istana Negara pada pukul 10.43.