BN kekal pendirian tolak PN dan PH, mohon tangguh mengadap Agong

Photo of author

By Joe

BN kekal pendirian tolak PN dan PH, mohon tangguh mengadap Agong. Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, Setiausaha Agung BN sudah mengemukakan permohonan itu selepas diputuskan dalam mesyuarat yang bermula kira-kira pukul 9 malam Selasa.

“Kita masih meneliti beberapa perkara lagi, jadi kita telah memohon pihak Istana Negara untuk menangguhkan pertemuan hari ini.
“Pun begitu, kita masih menunggu keputusan daripada pihak Istana Negara,” katanya ketika ditemui pemberita di Menara Dato’ Onn, World Trade Centre (WTC) di sini, pada Selasa.
BN kekal pendirian tolak PN dan PH, mohon tangguh mengadap Agong

Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah itu berkata, setakat ini, BN mengambil pendekatan untuk terus kekal dengan keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan sama ada Perikatan Nasional (PN) mahupun Pakatan Harapan (PH).

Perkara yang sama dimaklumkan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Athur Joseph Kurup.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, Pengerusi BN akan mengeluarkan kenyataan berhubung penangguhan sekiranya dibenarkan oleh Istana Negara.

Beliau turut memaklumkan tiada sebarang akuan bersumpah ditandatangani mana-mana ahli Parlimen BN dalam mesyuarat yang berakhir kira-kira pukul 11.30 malam Rabu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang hadir pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN pukul 11 pagi Rabu membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Sebaliknya beliau berkata, BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.

Dalam satu kenyataan Yang Di-Pertua Agong menitahkan 30 Ahli Parlimen BN untuk mengadap Baginda pada Rabu secara individu bermula pukul 10.30 pagi.

Proses ini bertujuan supaya Baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Baca Lagi:
Agong titah agar kerajaan perpaduan diwujudkan, tetapi Muhyiddin kata NO!
Anwar tinggalkan pejabat tanpa kata, sidang media dibatalkan
MP BN akan tandatangan SD sokong PM ke-10 malam ini, Anwar minta rakyat ikuti perkembangan terkini