Warga emas dikejarkan ke hospital, doktor terpaksa guna gerudi keluarkan bebola dlm punggung

Warga emas dikejarkan ke hospital, doktor terpaksa guna gerudi keluarkan bebola dlm punggung

Warga emas dikejarkan ke hospital, doktor terpaksa guna gerudi keluarkan bebola dlm punggung.

Seorang lelaki warga emas dikejarkan ke hospital selepas sebuah bebola pembersih permaidani tersekat di dalam lubang duburnya sehingga memaksa doktor menggunakan gerudi elektrik untuk mengeluarkan objek tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Lelaki Britain berusia 51 tahun itu dibawa ke hospital selepas gagal mengeluarkan bebola berdiameter antara 7 hingga 8 sentimeter itu dengan menggunakan pemutar skru dan sudu.

Mangsa dan isterinya memberitahu doktor bahawa dia memasukkan bebola itu dua hari sebelumnya bagi merawat masalah buasir. Doktor bagaimanapun gagal menemui bukti bahawa dia menghidap penyakit itu.

Warga emas dikejarkan ke hospital, doktor terpaksa guna gerudi keluarkan bebola dlm punggung

Disebabkan bebola itu lebih lebar berbanding bukaan pelvik lelaki tersebut, proses mengeluarkannya menjadi amat sukar.

Percubaan pertama dan kedua untuk mengeluarkan bebola itu gagal selepas ‘membuka lapisan dinding perut selapis demi selapis’ dan cuba menolak bebola turun ke bawah menerusi rektum.

Warga emas dikejarkan ke hospital, doktor terpaksa guna gerudi keluarkan bebola dlm punggung

Doktor akhirnya tidak mempunyai pilihan, selain memotong bebola itu sebelum mengeluarkannya.

Ia dilakukan dengan menggunakan gerudi elektrik bagi memotong bebola itu kepada tiga bahagian.

Pembedahan selama tujuh jam itu akhirnya berjaya dan pesakit berkenaan menyuarakan kekesalan dan tidak akan mengulangi perbuatannya.

Baca Lagi:

Tular video pintu Kaabah terbuka sendiri, jemaah rakam ada Malaikat sedang solat

Anda boleh kena saman jika menternak ayam dirumah sendiri

5 punca utama kenapa Elon Musk pilih Indonesia bukan Malaysia untuk melabur

CATEGORIES