Anak 6 tahun tidur sekali dengan mak ayah, siap ajar kawan buka seluar dan buat aksi seperti yang dilihat setiap malam

Photo of author

By Joe

Anak 6 tahun tidur sekali dengan mak ayah, siap ajar kawan buka seluar dan buat aksi seperti yang dilihat setiap malam. Minda anak kecil umpama span, apa yang dilihat mereka, itulah yang akan diikuti. Maka setiap ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh terbaik sebagai ikutan. Pun begitu, para penjaga mungkin terlepas pandang satu isu penting iaitu tentang keburukan tidak mengasingkan tempat tidur anak seawal usia lagi.

Guru tanya kepada si ibu “Puan, anak Puan ni tidur bilik asing atau sekali?”

Daripada sebuah kisah yang tular di TikTok, Puan Puteri Kasim berkongsikan satu kejadian yang dialami oleh kenalannya. Kawannya itu mempunyai 2 anak lelaki yang masing-masing berusia 3 serta 6 tahun. Satu hari, guru memintanya ke sekolah kerana si anak didapati melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya kanak-kanak bawah umur buat.

Anak 6 tahun tidur sekali dengan mak ayah, siap ajar kawan buka seluar dan buat aksi seperti yang dilihat setiap malam

Anak Puan buat benda yang tidak normal untuk budak-budak

Daripada apa yang diceritakan, si anak telah membuka seluar dan bertindak mengeluarkan anggota bawahnya. Lalu dia menyuruh kawan lain ‘buat’ sesuatu kepada anggota berkenaan. Tatkala ditanyakan mengapa terfikir untuk buat begitu, kanak-kanak naif itu berkata dia selalu menyaksikan ibu ayahnya lakukan aksi sedemikian di rumah.

Kalau nak bersama, tolong jangan buat suara-suara yang anak boleh dengar

Daripada kisah ini, jelaslah betapa pentingnya untuk menyediakan tempat tidur berasingan buat anak-anak seawal usia 3 tahun agar mereka tidak terikut-ikut dengan apa yang dibuat oleh ibu ayah mereka di malam hari. Mata mereka mungkin terpejam rapat, namun kemungkinan besar telinga dan otak anak-anak sebenarnya belum tidur lagi.

@puterikasim Replying to @Fatin Pauzi share kisah ni, supaya mak bapak ada awareness kenapa kena asing tempat tidur. #pendidikanwanitacantiksihat ♬ original sound – Mommy PK | Tips wanita cantik

Baca Lagi:
Rupanya ini keadaan disebalik tabir pembaca berita, pakai kain batik je
Budak 11 tahun hilang kedua belah kaki digilis lori simen gara-gara selamatkan kucing
Lelaki terdesak perlukan duit, terpaksa lelong pontianak belaannya buat ramai netizen meremang