Wanita dakwa dibuli Uqasha Senrose meninggal dunia, tiba-tiba nama dipetik sebagai punca kematian

Wanita dakwa dibuli Uqasha Senrose meninggal dunia, tiba-tiba nama dipetik sebagai punca kematian

Wanita dakwa dibuli Uqasha Senrose meninggal dunia, tiba-tiba nama dipetik sebagai punca kematian. Pelakon, Uqasha Senrose menyelar individu yang mengaitkan dirinya sebagai punca kematian wanita yang mendakwa dia dibuli Uqasha ketika bersekolah dulu.

Uqasha berkata, dia cuba memaafkan wanita yang sudah meninggal dunia ketika kes mahkamah sedang berjalan, namun terkilan apabila namanya masih dikaitkan.

“Saya tidak ingat wanita yang mendakwa saya membuli dengan memegang bahagian dada dan sebagainya ketika di sekolah dulu. Saya dikhabarkan dia meninggal dunia baru-baru ini.

Wanita dakwa dibuli Uqasha Senrose meninggal dunia, tiba-tiba nama dipetik sebagai punca kematian

“Ketika saya cuba memaafkan dan reda dengan berita kematiannya, timbul pula cerita kawannya yang mengaitkan saya dengan punca kematian wanita itu.
“Kawan wanita itu mendakwa saya mesti gembira dengan berita kematian itu dan saya perlu tanggung di Padang Mahsyar nanti. Siapa dia untuk berkata sedemikian dan menuduh saya?
“Kenapa saya pula dipetik sebagai punca kematian sedangkan saya tidak tahu-menahu langsung. Jika saya puncanya, kenapa baru sekarang? Kenapa bukan 15 tahun dulu? Hanya kerana saya artis dan dikenali, tidak boleh sewenang-wenangnya dia menuduh saya,” katanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Terdahulu, seorang pengguna laman X mendedahkan rakannya yang pernah menjadi mangsa buli Uqasha ketika di sekolah dulu sudah meninggal dunia pada 31 Oktober lalu.

Susulan pemergian wanita itu, individu berkenaan seolah-olah menyalahkan Uqasha.

Malah, individu itu menerusi ciapan di X juga berharap Uqasha mendapat pembalasan atas perbuatannya di Padang Mahsyar nanti.

Dalam masa sama, Uqasha juga sebelum ini sudah menggunakan saluran perundangan bagi membuktikan dia tidak bersalah, namun individu itu tidak hadir ke mahkamah.

Baca Lagi:
Bangunan yang cantik menyimpan seribu rahsia tersembunyi, individu dedah ada terowong rahsia di bawah Putrajaya yang ramai tak tahu?
Ustaz dedah bahagian kereta yang selalu dicalit minyak dagu, siap cara musnahkan amalan sihir
Ayah upah nenek buat kerja rumah lepas ibu meninggal, tak sangka dalam diam ayah bercinta dengan nenek
CATEGORIES