Ustaz dedah bahagian kereta yang selalu dicalit minyak dagu, siap cara musnahkan amalan sihir

Ustaz dedah bahagian kereta yang selalu dicalit minyak dagu, siap cara musnahkan amalan sihir

Ustaz dedah bahagian kereta yang selalu dicalit minyak dagu, siap cara musnahkan amalan sihir. Macam mana nak tahu kereta kita kena calit minyak dagu?

Jika dahulunya minyak dagu akan dicalit di anggota badan manusia, namun kini ia turut digunakan pada bahagian kenderaan untuk tujuan tertentu.

Amalan syirik seperti ini dan ilmu guna-guna masih lagi diamalkan dalam kalangan masyarakat masa kini walaupun ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Ustaz dedah bahagian kereta yang selalu dicalit minyak dagu, siap cara musnahkan amalan sihir

Menerusi satu perkongsian di TikTok sabdakekasihhq, telah mendedahkan bahagian yang menjadi kebiasaan minyak dagu dicalit pada kereta.

Individu yang mendedahkan beberapa bahagian kereta yang berkemungkinan di calit minyak dagu ini menggelarkan dirinya sebagai seorang ustaz.

Amalan sihir ini dibuat bertujuan untuk kita mudah kemalangan dan akan rasa mengantuk apabila memandu.
Kebiasaan minyak dagu dicalit di cermin hadapan, bertujuan untuk kita mudah kemalangan dan kita rasa mengantuk.

Kalau kita bawa kereta lima minit, 10 minit, kita rasa mengantuk. Ia dicalit untuk membinasakan daripada bahagian kereta ini. Keduanya orang akan letak di body brake pad. Biasa orang calit di situ.

Seterusnya, pengamal sihir juga akan menyapu minyak berkenaan pada bahagian stereng, kerusi, pemegang pintu dan pembuka but kereta.

Difahamkan, amalan mencalit minyak dagu ini bukan sahaja untuk mengkhianati pemandu, malah bertujuan memikat pemilik sesebuah kenderaan.

Pemegang pintu sangat mudah untuk membinasakan atau minyak dagu style pengasih untuk bagi terkena kepada wanita-wanita. Tak kiralah anak dara atau isteri orang. Apabila kita pegang je, minyak dagu ni akan masuk ke anggota tubuh badan kita melalui pembuluh darah.
Di bahagian dalam iaitu stereng atau di bahagian kepala (kerusi) biasanya kalau kita bawa kereta kita rasa sakit kepala, berdenyut dan sebagainya, rasa pening, mengantuk yang amat dahsyat. Kemungkinan besar dicalit pada cermin atau kusyen kereta kita.

Selain daripada pemegang semua empat pintu, tidak lupa juga di tempat buka but kereta. Pembuka but kereta ni salah satu tempat besar juga orang guna minyak dagu untuk mengkhianati mangsa-mangsa sihir.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut berkongsi teknik mudah yang boleh dilakukan jika pemilik kereta terkena perbuatan sihir ini.

Apa perlu kita lakukan? Sediakan air paip satu baldi, masukkan lada hitam, secebis sikit saja garam dan baca surah Al-Taubah, kita baca dan kita basuh kereta kita.

@sabdakekasihhq Minyak dagu pada kenderaan.ada bertahap iaitu tahap 1 belum bertuan tahap 2 sekali calit berkesan tahap 3 minyak dagu suruhan #Minyakdagu #pengasih #kereta ♬ Dramatic Military – Faid rafanda

Tambahan, ada netizen yang mendakwa mereka juga pernah menjadi mangsa sihir sehingga nyaris terlibat kemalangan jalan raya.

Kereta saya kena kat tepi tayar depan tu. Dua kali dilanggar tempat sama. Allah tu maha kuasa, masih bernafas dengan izinnya.

Semoga kita dijauhkan daripada perkara yang boleh mendatangkan kecelakaan terhadap diri kita, keluarga dan orang kita sayang.

Amalan penggunaan minyak dagu sama sekali haram dalam agama Islam, malah urusan jual beli barangan itu juga adalah haram dan berdosa.

Terdahulu, seorang selebriti yang juga penyanyi wanita bertudung dan manis orangnya didakwa mengamalkan kerja khurafat iaitu sihir.

Baca Lagi:
Ramai panik beli ayam banyak, rupanya harga tak naik selepas subsidi tamat
Ramai yang tak tahu, 3 individu ini tidak perlukan pasport untuk ke luar negara, ini sebabnya
Wanita ‘ditiduri’ secara paksa oleh 3 ahli keluarga kandung, ayah waktu subuh, atuk siang & pakcik malam
CATEGORIES