Wanita buat laporan polis diganggu panggilan misteri 100 kali setiap hari, terkejut bila dapat tahu dalang sebenar

Photo of author

By Joe

Wanita buat laporan polis diganggu panggilan misteri 100 kali setiap hari, terkejut bila dapat tahu dalang sebenar. Seorang wanita di Jepun terkejut apabila menerima lebih 100 panggilan misteri dalam sehari dan akhirnya mengetahui siapa yang membuat panggilan tersebut sejak sebulan lalu.

Wanita berusia 31 tahun itu berkata pemanggil hanya mendiamkan diri apabila dia menjawab telefon, menyebabkan dia berasa tidak selesa dan rimas. Menurut laporan media Jepun, Kobe Shimbun, wanita tersebut mengadu kepada suaminya tentang masalah ini, tetapi suaminya enggan mengambil peduli.

Wanita itu perasan bahawa gangguan telefon berhenti apabila suaminya tidur, bermain permainan video, atau menghabiskan masa bersamanya. Curiga dengan situasi itu, dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Wanita buat laporan polis diganggu panggilan misteri 100 kali setiap hari, terkejut bila dapat tahu dalang sebenar

Pihak polis kemudian menyiasat dan memeriksa rekod panggilan pemanggil misteri tersebut. Hasil siasatan mendapati bahawa suami wanita itu adalah dalang di sebalik setiap panggilan misteri yang diterimanya. Lelaki tersebut menggunakan nombor rahsia agar tidak dikenali oleh isterinya.

Siasatan juga menunjukkan bahawa pasangan itu tidak mempunyai konflik, malah hubungan mereka kelihatan harmoni. Menurut beberapa laporan media, tindakan lelaki itu didorong oleh perasaan cemburu terhadap isterinya.

Baca Lagi:
Kanak-kanak perempuan disambar buaya ketika mandi di jeti
Tiada lagi jenama kegemaran wanita, Tupperware bakal tutup kilang
Bekas pelajar UNITEN tak malu jual teh masala atas basikal kerana sebulan raih pendapatan cecah RM100,000