Wanita mahu jual katil ada ‘penunggu’ dengan harga RM60 di Facebook. Seorang pengguna Facebook telah menyiarkan iklan untuk menjual sebuah katil kayu yang didakwa ‘berpenunggu’ pada harga hanya 500 baht (RM60), lapor portal berita Thaiger kelmarin.
Katil sederhana dengan bingkai berukuran 91.44 sentimeter itu tidak lagi mengandungi azimat yang sebelum ini didakwa mengawal ‘penunggunya’.
Pemiliknya, Toeytoey Vichayapa, menyatakan bahawa katil itu berfungsi sepenuhnya dan dalam keadaan baik, tetapi terdapat bayang hitam yang muncul pada waktu malam.
Katil tersebut terletak di Kaset Nawamin, Bangkok, dan sedia untuk dibeli oleh pemilik berani yang seterusnya.
Iklan itu menjadi tular di media sosial dalam masa yang singkat, dengan memperoleh 2,300 komen dan 4,600 perkongsian.
“Adakah hantu akan benar-benar muncul?” komen seorang netizen.