[VIDEO] Pencuri pulangkan jam tangan yang dicuri setelah didapati ianya palsu.
Seorang lelaki yang menyangka berjaya mencuri seutas jam tangan mewah milik pelancong di bandar Trieste, Itali bertindak memulangkan aksesori tersebut selepas mendapati ia sebenarnya barang tiruan, lapor akhbar The Sun.
Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), dua pelancong dari Switzerland dilihat sedang duduk di meja makan sebuah kafe di Piazza Unita d’Italia, apabila pencuri tersebut datang dari arah belakang.
Lelaki berkenaan secara tiba-tiba mengacukan pistol ke arah dua pelancong tersebut yang membuatkan mereka melompat bangun dari tempat duduk.
Pencuri tersebut dengan pantas mengambil jam tangan yang diletakkan di atas meja sebelum melarikan diri.
Tidak lama selepas itu, dia dilihat datang kembali ke arah meja dua pelancong yang sama dan berkata sesuatu sambil memulangkan jam tangan itu sebelum berlalu pergi.
Video itu dimuat naik di media sosial oleh seorang ahli majlis daerah Europa Verde di Campania, Francesco Borrelli.
Pencuri tersebut menyangka jam yang dicuri daripada jenama Richard Mille yang berharga antara £20,000 (RM106,764) hingga berpuluh-puluh juta pound.
Rapina ad un turista svizzero ad un caffè di Piazza Trieste e Trento: pistola alla testa per portargli via l’orologio e poi glielo riconsegnano perché vale poco. La denuncia dei titolari del locale:”Tutto questo in centro città. Serve un presidio costante delle forze dell’ordine” pic.twitter.com/aKRU1yKg39
— Francesco Borrelli (@NotizieFrance) July 19, 2022
Baca lagi:
Pencuri tertidur 6 jam dalam kereta mangsa, tuan kereta datang pun masih nyenyak tidur
Pencuri pulangkan semula patung ke kuil beserta nota minta maaf setelah diganggu mimpi misteri
Pencuri bogel pecah masuk rumah gemparkan penduduk Shah Alam