Pencuri pulangkan semula patung ke kuil beserta nota minta maaf setelah diganggu mimpi misteri

Pencuri pulangkan semula patung ke kuil beserta nota minta maaf setelah diganggu mimpi misteri

Pencuri pulangkan semula patung ke kuil beserta nota minta maaf setelah diganggu mimpi misteri.

Sekumpulan pencuri dilaporkan telah memulangkan semula 14 patung suci yang dicuri di sebuah kuil Hindu di India, selepas mereka mendakwa sering diganggu mimpi misteri.

Pada minggu lalu, sekumpulan pencuri ini telah mencuri 16 patung suci dari kuil Lord Balaji yang berusia 300 tahun. Bagaimanapun, mereka memulangkan semula 14 patung tersebut di rumah ketua kuil.

Pencuri pulangkan semula patung ke kuil beserta nota minta maaf setelah diganggu mimpi misteri

Salah satu patung tersebut mempunyai berat 5 kilogram dan diperbuat daripada lapan jenis logam, serta dihiasi dengan ukiran perak.

Pegawai polis yang bertugas, Inspektor Rajiv Singh berkata sekumpulan pencuri ini turut meningalkan nota bersama patung tersebut sebagai tanda permohonan maaf. Pencuri tersebut turut menjelaskan mereka sering diganggu oleh mimpi misteri selepas mencuri patung suci itu.

Pencuri pulangkan semula patung ke kuil beserta nota minta maaf setelah diganggu mimpi misteri

“Mereka juga meninggalkan surat yang berkata mereka memulangkan patung tersebut kerana mengalami mimpi misteri”, ujar beliau.

Untuk rekod, pencuri tersebut lagi belum dikenal pasti oleh pihak berwajib dan siasatan masih sedang dijalankan.

Baca Lagi:

Viral kereta mangsa MH370 tersadai di airport, tapi netizen jumpa kereta yang sama untuk dijual

Duit entah datang dari mana masuk ke akaun CIMB, individu terpaksa bayar semula RM28 ribu

“Tidak mengira umur, yang penting banyak duit “ gadis 18 tahun kahwin dengan lelaki tua

CATEGORIES