[VIDEO] Jambatan Pulau Sekati putus dua dibawa arus Sungai Terengganu

3913513357 a5d25d3e8e b

[VIDEO] Jambatan Pulau Sekati putus dua dibawa arus Sungai Terengganu. Jambatan kayu Pulau Sekati di sini yang menjadi sering menjadi tumpuan ramai mengabadikan gambar musnah dibawa arus deras Sungai Terengganu hari ini.

Sebahagian struktur jambatan terbabit yang menghubungkan Pulau Sekati dengan Kampung Paloh di sini tersebut telah runtuh kira-kira pukul 6 petang.

Seorang penduduk, Fawwaz Salehuddin, 25, berkata, dia mengesyaki sesuatu tidak kena apabila ternampak banyak sisa kayu di Sungai Terengganu dari tebing sungai sewaktu berada di Losong Feri di sini.

 

“Sisa kayu itu memanjang merentangi sungai dan saya terus teringat dengan jambatan kayu Pulau Sekati yang terletak berhampiran.

“Bagi mendapatkan kepastian, saya telah ke Pulau Sekati dan terbukti hampir 50 peratus struktur jambatan itu telah musnah dihanyutkan arus deras sungai,” katanya di sini hari ini.

Jelas Fawwaz, hujan lebat dan limpahan dari bahagian hulu yang kini sedang dilanda banjir besar telah meningkatkan paras air Sungai Terengganu.

Dia berkata, sebelum pembukaan laluan baharu pada tahun 2017, jambatan kayu itu merupakan akses utama keluar masuk 40 keluarga yang menghuni Pulau Sekati.

“Ia kemudiannya menjadi lokasi kegemaran ramai merakam gambar kerana berlatar belakangkan panorama indah Sungai Terengganu, deretan pokok kelapa dan Muzium Negeri Terengganu,” katanya.

Sementara itu, sebahagian besar daripada belasan kampung yang terdapat di gugusan Losong di sini turut dinaiki air kira-kira 0.2 meter ekoran limpahan Sungai Terengganu.

Sebagai rekod, banjir yang menjejaskan ribuan penduduk itu pertama kali melanda Losong dalam tempoh lapan tahun.

Baca Lagi: 

Abang Viva kembali beraksi, misi ke Terengganu bantu mangsa banjir

Seorang askar Ukraine dijulang sebagai wira negara, letupkan diri halang kemaraan tentera Rusia

[VIDEO] Kapal korek rempuh tiang kabel elektrik, 3,000 penduduk bergelap

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.