Seorang askar Ukraine dijulang sebagai wira negara, letupkan diri halang kemaraan tentera Rusia

Seorang askar Ukraine dijulang sebagai wira negara, letupkan diri halang kemaraan tentera Rusia

Seorang askar Ukraine dijulang sebagai wira negara, letupkan diri halang kemaraan tentera Rusia. Seorang askar Ukraine dijulang sebagai wira negara kerana sanggup berkorban dengan meletupkan dirinya bagi memusnahkan sebuah jambatan untuk menghalang kemaraan tentera Rusia, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Vitaly Skakun Volodymyrovych yang merupakan seorang jurutera tentera secara sukarela melakukan misi berbahaya iaitu memasang periuk api pada sebuah jambatan di Henichesk, dalam wilayah Kherson.

Lokasi itu merupakan kedudukan strategik yang menghubungkan wilayah Crimea yang ditakluki Rusia dengan tanah besar Ukraine.

Ketika bala tentera Vladimir Putin mara ke arahnya, Volodymyrovych sedar bahawa dia tidak mempunyai masa yang banyak untuk memasang fius dan berlari menyelamatkan diri.

“Jambatan itu dipenuhi dengan periuk api dan dia tidak sempat melarikan diri dari situ.

“Menurut anggota sepasukan, Volodymyrovych memberitahu mereka bahawa dia akan meletupkan jambatan. Sejurus selepas itu, jambatan tersebut meletup,” kata jeneral tentera.

Susulan tindakan beraninya itu, jasa Volodymyrovych dijulang tentera Ukraine kerana telah membantu memperlahankan pergerakan musuh secara signifikan.

Ia juga memberi peluang kepada unit-unit tentera Ukraine untuk berkumpul semula dan menyusun semula pertahanan mereka, kata tentera Ukraine. – AGENSI

Baca lagi:

‘TMJ Janganlah bersara. ‘Satgi’ saya tak ada saingan’ – Sanusi

Selepas viral lagu “GATAL”, kini Janna Nick menonggeng pula di media sosial

Ramai yang masih ‘confius’ matikan enjin ke tidak semasa isi minyak, ini jawapan jurutera

 

 

CATEGORIES