[VIDEO] Berasak kerana ikan 10 sen seekor, pelanggan tak hirau SOP

Berasak kerana ikan 10 sen seekor,pelanggan tak hirau SOP

[VIDEO] Berasak kerana ikan 10 sen seekor, pelanggan tak hirau SOP. Polis mengesahkan harga jualan ikan mabong serendah 10 sen sekilogram menjadi punca pelanggan di sebuah pasar raya yang baru dibuka di Tunjong di sini semalam berebut dan berasak tanpa menghiraukan penjarakan fizikal.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, kira-kira pukul 3 petang semalam, tular satu rakaman video berdurasi 16 saat di media sosial mengenai kejadian orang ramai berebut mendapatkan barangan keperluan tanpa mengamalkan penjarakan sosial dan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.

Menurutnya, semakan mendapati, berlaku perkumpulan pelanggan di tempat jualan disebabkan orang ramai berebut untuk mendapatkan ikan mabong yang dijual dengan harga 10 sen seekor.

“Kejadian itu berlaku sebaik sahaja selesai majlis perasmian pembukaan pasar raya berkenaan.

“Bagaimanapun, kejadian itu berlaku lebih kurang 10 minit sahaja sebelum tindakan menghentikan jualan terbabit dilakukan oleh pihak pengurusan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Mohd. Suhaimi memberitahu, pihak pengurusan segera menamatkan tawaran harga murah itu sebelum keadaan kembali terkawal.

Tambahnya, beliau menasihati orang ramai agar tidak menularkan isu terbabit dan sentiasa mematuhi SOP semasa berada di tempat awam.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 16 saat yang memaparkan pelanggan sebuah pasar raya berasak dan berebut untuk membeli ikan mabong yang dijual pada harga 10 sen seekor.

Dalam video itu, kesemua pelanggan dilihat langsung tidak menghiraukan penjarakan fizikal apabila berebut-rebut untuk membeli ikan tersebut.

Baca Lagi:

Sepasang suami isteri mati dalam bilik air terkena renjatan elektrik ‘water heater’

Gara-gara mulut terlampau laser, jiran bina tembok sepanjang 10 meter

[VIDEO] Isteri belasah suami dengan topi keledar, baju koyak rabak…

Leave a Reply

Your email address will not be published.