[VIDEO] Isteri belasah suami dengan topi keledar, baju koyak rabak…

[VIDEO] Isteri belasah suami dengan topi keledar, baju koyak rabak…

[VIDEO] Isteri bantai suami guna topi keledar, baju koyak rabak…Aksi pertengkaran antara seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan suami isteri menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan si suami yang dipukul menggunakan topi keledar sehingga bajunya koyak, lapor laman Berita Hits hari ini.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di wilayah Jawa Tengah itu, mereka dilihat sedang berdiri di tepi sebatang jalan bersebelahan sebuah kawasan sawah padi.

Wanita berkenaan memegang sebuah topi keledar sebelum menghayunnya ke badan lelaki itu.

Lelaki itu tidak melawan, sebaliknya hanya cuba mengelak daripada dipukul dengan menghalang menggunakan tangannya.

Wanita berkenaan bagaimanapun tidak mengendahkan keadaan itu dan terus membelasah lelaki tersebut menggunakan topi keledar pada anggota badan yang lain.

Video tersebut dirakam oleh seorang pemandu lain dari dalam keretanya yang kebetulan melalui kawasan tersebut ketika itu.

Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan mengenai punca pertengkaran mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kabar Negri (@kabarnegri)

Baca lagi:

Kilang arak paling tua di dunia ditemui di Mesir

Gara-gara mulut terlampau laser, jiran bina tembok sepanjang 10 meter

Pak Belang kejar ‘rider’ sejauh lima kilometer

CATEGORIES
TAGS