Suami tengok isteri dirogol 6 lelaki selama 4 jam depan mata

Suami tengok isteri dirogol 6 lelaki selama 4 jam depan mata

Suami tengok isteri kena rogol 6 lelaki selama 4 jam depan mata. Seorang wanita dilaporkan telah dirogol oleh enam lelaki di hadapan suaminya selama empat jam dalam kejadian di Kampung Bakoria Bhalwahi pada malam Sabtu.

Menurut India Today, polis Satbarwa telah berjaya menahan dua orang suspek dari Kampung Bakoria dan Dharmendra Ram.

Pihak polis juga dilaporkan telah melancarkan operasi mengesan dan menangkap suspek lain yang terlibat dalam kes tersebut.

Suami tengok isteri dirogol 6 lelaki selama 4 jam depan mata

Selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada suami mangsa, pihak polis segera menghantar mangsa ke Hospital Medininagar untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan.

Menurut saudara mangsa, kejadian berlaku pada malam Sabtu semasa mangsa, suami mangsa dan abang iparnya dalam perjalanan ke Kampung Rewat.

Pada mulanya, mangsa yang berusia 22 tahun memutuskan untuk berjalan kaki ke rumah ibunya di Kampung Rewat selepas bergaduh dengan mertuanya.

Selepas itu, mertuanya meminta suami mangsa untuk menemaninya agar selamat sampai di rumah ibu bapanya.

Dilaporkan, mereka bertiga pergi ke Kampung Rewat menaiki basikal milik abang iparnya.

Apabila tiba di Bhaluahi pada jam 8 malam, mereka telah ditangkap dan dibelasah oleh enam orang lelaki.

Selain itu, telefon bimbit milik mereka turut dirampas kumpulan tersebut.

Kemudian, kesemua suspek bertindak merogol wanita itu selama kira-kira empat jam didepan suami serta abang iparnya ketika mereka dipegang suspek.

Selepas itu, suspek membawa mangsa dan abang iparnya ke tempat yang lain dan meninggalkan suaminya.

Semasa dalam perjalanan, wanita itu menjerit sehinggakan basikal yang dinaikinya hilang imbangan dan terjatuh.

Penduduk kampung yang mendengar kekecohan tersebut telah keluar dan menyerang dua suspek namun seorang suspek berjaya melarikan diri menaiki motosikal.

Sementara itu, suami mangsa telah tiba membuat laporan mengenai kejadian tersebut di balai polis Manika.

Polis Manika telah berjaya menahan dua orang suspek dan menyerahkan mereka kepada Polis Satbarwa.

Selain itu, sebuah basikal yang digunakan oleh suspek dalam kejadian itu juga telah ditemui oleh polis Satbarwa.

Difahamkan, mangsa telah dihantar ke rumah bapa saudaranya di Kampung Parsahu, Satbarwa oleh penduduk kampung.

Baca Lagi:
Tular video wanita belasah suami dengan kasut setelah ‘kantoi’ berdua-duan dengan perempuan lain di bilik hotel
(Video) Bos tengking pekerja secara melampau, “kerja, kerjalah! kenapa masa kerja nak makan?
44 senarai harta yang dimiliki oleh Taib Mahmud didedah
CATEGORIES