Van jenazah masuk gaung, pemandu maut

Van jenazah masuk gaung, pemandu maut

Van jenazah masuk gaung, pemandu maut. Seorang mekanik maut selepas van jenazah yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terjunam ke dalam gaung setinggi 7m di Kilometer 16, Jalan Jemaluang-Mersing di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing Cyril Edward Nuing berkata dalam kejadian pada kira-kira 9.15 pagi di hadapan Institut Latihan Perindustrian Mersing itu, mangsa dikenal pasti sebagai Wan Mohd Nasyarudin Wan Ismaon, 38.

“Van yang dipandu Mohd Nasyarudin dipercayai dari arah Johor Bahru-Mersing, telah terbabas lalu melanggar besi pembahagi jalan di laluan bertentangan sebelum van berkenaan terjatuh dalam gaung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Van jenazah masuk gaung, pemandu maut

Cyril Edward berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pakar perubatan dan jenazahnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat da kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca Lagi:
Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta
Netizen terkejut tengok anak sulung Kak KM, cantik pula tu macam adik beradik
Anwar umum senarai kabinet hari ini – Sumber
CATEGORIES