Kabinet k’jaan perpaduan Anwar dijangka diumum hari ini

Kabinet k’jaan perpaduan Anwar dijangka diumum hari ini

Kabinet k’jaan perpaduan Anwar dijangka diumum hari ini. Komposisi kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka didedahkan dalam satu pengumuman hari ini.

Menurut beberapa akhbar dan portal, kabinet baru itu dijangka mengangkat sumpah sebelum Jumaat ini.

Berita Harian, dalam laporan yang tidak menamakan sumber, berkata senarai jemaah menteri akan didedahkan dalam masa terdekat ini. Ini bagi membolehkan kabinet kerajaan perpaduan itu dapat dibentuk segera berikutan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijangka ke luar negara pada Sabtu ini.

Sin Chew Daily, pula melaporkan senarai menteri dijangka diumumkan seawal hari ini, dan kabinet baru akan mengangkat sumpah pada Isnin, 5 Disember ini.

Kabinet k’jaan perpaduan Anwar dijangka diumum hari ini

Spekulasi bertiup kencang

Spekulasi kononnya kabinet baru akan diumumkan dalam masa terdekat mula tersebar susulan hantaran di akaun Facebook Istana Negara semalam berserta dengan empat keping gambar yang memaparkan Seri Paduka menerima menghadap perdana menteri.

Disusuli dengan kenyataan ringkas yang memaklumkan bahawa Seri Paduka telah menerima menghadap Anwar pada jam 5 petang hari selasa, ia menimbulkan spekulasi bahawa senarai lengkap kabinet telah pun dipersembahkan kepada Baginda.

Difahamkan mesyuarat mingguan pertama Anwar dengan Yang di-Pertuan Agong telah diadakan pada selasa berbanding kelazimannya pada Rabu, susulan mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung semalam.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil memberitahu Berita Harian bahawa dia difahamkan pengumuman itu akan dibuat secepat mungkin tetapi idak mempunyai sebarang maklumat.

“Saya tak ada maklumat. Ada beberapa wartawan dah hubungi (saya) dan ya saya tak ada sebarang maklumat mengenai perkara ini.

“Yang saya difahamkan sesegera mungkin, tapi saya tak ada maklumat mengenai jangka masa itu,” katanya.

Nama Zahid, Fadillah sebagai TPM

Sementara itu, Sin Chew yang memetik sumber melaporkan kemungkinan tentang komposisi kabinet baru.

Menurut harian itu, selain Anwar sebagai perdana menteri, PKR akan mendapat empat jawatan menteri, BN pula akan diberi jawatan timbalan perdana menteri berserta empat jawatan menteri, GPS Sarawak juga akan diberi jawatan timbalan perdana menteri dan tiga jawatan menteri.

Menurut Sin Chew, sekutu dan komponen Pakatan Harapan yang lain, iaitu DAP akan mendapat lima jawatan menteri, Amanah (2) dan Upko (1).

Tiada jawatan menteri untuk MCA, MIC

Laporan itu menyebut bilangan menteri setiap parti adalah berdasarkan kekuatan relatifnya di Dewan Rakyat.

“Seri Paduka pada asalnya mahu majlis mengangkat sumpah diadakan pada Jumaat, tetapi Anwar memerlukan lebih masa kerana perlu berbincang dengan ramai ketua parti,” kata sumber yang menyebut Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof dari GPS sebagai calon timbalan perdana menteri.

“Kemungkinan Zahid jadi TPM adalah tinggi berdasarkan kepada siapa yang dicalonkan parti. Anwar perlu memenuhi ini untuk membentuk kerajaan yang stabil.

Zahid dilihat sebagai penggerak utama dalam pembentukan kerajaan perpaduan hari ini, kata sumber itu, yang juga membayangkan bahawa MCA dan MIC tidak akan mendapat sebarang pelantikan menteri.

“Kabinet baharu mungkin mempunyai 25 menteri dan 25 timbalan menteri dengan jumlah keseluruhan 50,” kata mereka.

Jumaat lalu, pada sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan yang dipimpinnya akan mempunyai saiz kabinet yang lebih kecil.

Dia juga dilaporkan berkata akan mencadangkan agar gaji menteri dikurangkan susulan iklim ekonomi negara yang tidak menentu dan dengan rakyat jelata yang berdepan kesukaran.

Baca Lagi:
Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta
Tular pasangan ini hidup bahagia bersama walaupun beza umur 32 tahun
Gempar !!! MCA dedah ada pemimpin kanan BN arah sokong PN
CATEGORIES