Tun Daim disiasat skandal kewangan RM2.3 bilion dedah sumber

Tun Daim disiasat skandal kewangan RM2.3 bilion dedah sumber

Tun Daim disiasat skandal kewangan RM2.3 bilion dedah sumber. Netizen heboh tentang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang bekas menteri kanan dan ahli perniagaan bergelar Tan Sri untuk siasatan berkaitan penyelewengan dana negara yang bernilai lebih RM2.3 bilion.

Laporan yang memetik sumber berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Tun Daim disiasat skandal kewangan RM2.3 bilion dedah sumber

Portal berita FMT melaporkan telah menghubungi Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkannya.

Siasatan dipercayai ada kaitan dengan skandal kewangan pada 90-an dan nama bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin telah disebut-sebut terlibat dalam siasatan berkenaan.

Ia adalah ekoran arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya skandal kewangan lama disiasat kembali.

Baca Lagi:
Apa sebenarnya maksud Malaysia, dan kenapa kita pakai nama Malaysia?
Badan semakin susut, Akka nasi lemak viral menangis hidup tak tenang selepas bisnes jadi buruan ramai
Dulu berpurdah, sekarang isteri penyanyi terpaksa buang sebab mahu kerja demi anak selepas suami kantoi langgan wanita lain
CATEGORIES