Mesti ada ibu, anak buaya tembaga ditangkap di pantai Port Dickson

Mesti ada ibu, anak buaya tembaga ditangkap di pantai Port Dickson

Mesti ada ibu, anak buaya tembaga ditangkap di pantai Port Dickson. Seekor anak buaya tembaga ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas ditemukan terdampar di Pantai Saujana, Batu 4, di sini awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan anak buaya berkenaan daripada pusat kawalan operasi pada pukul 1.29 pagi.

Mesti ada ibu, anak buaya tembaga ditangkap di pantai Port Dickson

“Setibanya di lokasi, anggota APM mendapati terdapat seekor anak buaya dipercayai jenis tembaga dengan anggaran berat sebanyak 800 gram terdampar di pantai berkenaan.
“Anggota APM menangkap buaya berkenaan dengan menggunakan peralatan khas. Kami akan menghantar anak buaya tersebut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Azri dalam pada itu menasihatkan orang ramai yang menemukan buaya atau hidupan liar yang lain agar memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan segera.
Baca Lagi:
Badan semakin susut, Akka nasi lemak viral menangis hidup tak tenang selepas bisnes jadi buruan ramai
Apa sebenarnya maksud Malaysia, dan kenapa kita pakai nama Malaysia?
Lelaki maut ditembak berhampiran Balai Polis Sungai Jarom
CATEGORIES