Tular video lelaki berjubah konvo menziarahi pusara isterinya meruntunkan hati ramai netizen

Tular video lelaki berjubah konvo menziarahi pusara isterinya meruntunkan hati ramai netizen

Tular video lelaki berjubah konvo menziarahi pusara isterinya meruntunkan hati ramai netizen. Kebelakangan ini, kita dapat lihat banyak universiti dan kolej tempatan yang mengadakan majlis graduasi atau hari konvokesyen dan tidak dapat dinafikan ia merupakan momen terindah bagi seseorang yang bergelar mahasiswa.

Pelbagai cerita inspirasi dan kisah gembira yang kita dapat dengari sepanjang musim konvokesyen ini, pun begitu sebuah cerita sebak dan sayu telah tular di media sosial TikTok.

@man_rgr ya allah berikan aku kekuatan..dan kau tempatkan la bidadari syurgaku dikalangan org² yg beriman dan beramal soleh..aamiin#fyp #abguniform #tqsupport❤️ #sultanarmy #staragency #abgbujang😘 ♬ Saat Terakhir – ST12

Perkongsian pengguna TikTok @man_rgr itu meruntunkan hati ramai netizen, apabila seorang lelaki yang lengkap berjubah konvo menziarahi pusara isterinya dan mengalirkan air mata. Mungkin terlalu rindu kan?

Tular video lelaki berjubah konvo menziarahi pusara isterinya meruntunkan hati ramai netizen

“Sayang (isteri) tak sabar nak tengok bie (suami) pakai jubah, hari ini bie datang untuk tunjuk kat sayang. Ya Allah, kau kuatkan lah aku” tulisnya dalam video.

“Mesti dia bangga bang…”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 570K tontonan dan ruangan komen dipenuhi dengan ucapan takziah serta komen-komen yang memberikan kata-kata semangat kepada lelaki tersebut.

Tular video lelaki berjubah konvo menziarahi pusara isterinya meruntunkan hati ramai netizen

Tahniah bang, semoga sentiasa kuat dan tabah…

Baca Lagi:
Hanya modal RM50, lelaki dari Pulau Pinang menang jackpot RM69,637,527.25 juta terbesar dalam sejarah Malaysia
Subsidi RM5,000 tukar kereta baharu berharga bawah RM60,000
Selamber jer panjat pagar curi tong gas, akhirnya lelaki ini di tahan polis
CATEGORIES