Tanah runtuh di kubur, jenazah nyaris hanyut

Tanah runtuh di kubur, jenazah nyaris hanyut

Tanah runtuh di kubur, jenazah nyaris hanyut. Perkhidmatan Perancang Ruang (Distaru) Kota Bandung, Jawa Barat melaporkan sebanyak 25 kubur terjejas akibat tanah runtuh ketika hujan lebat di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga.

Agensi berita Antara melaporkan, Ketua UPT Tanah Perkuburan Wilayah 1 Distaru, Kota Bandung, Saeful Iman berkata, ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti kubur terlibat untuk dimaklumkan kepada waris atau keluarga.

CNN Indonesia pula melaporkan, benteng penahan TPU terbabit runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.

Tanah runtuh di kubur, jenazah nyaris hanyut

Jelas Saeful, pihaknya juga sedang bertungkus-lumus bagi memastikan kejadian tanah runtuh itu menjadi semakin buruk dan menjejaskan kubur lain.

Katanya, daripada 25 kubur terbabit, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.

Sementara itu, Ketua Polis Sektor Cicendo, Sadewo berkata, kejadian tanah runtuh sekitar TPU Sirnaraga itu berpunca daripada hujan lebat yang berlaku sekitar pukul 2.37 petang (waktu Indonesia Barat).

Air dari Sungai Cilimus melimpah dan menyebabkan benteng di pinggir sungai itu runtuh.

“Daripada tujuh kubur itu, dua daripadanya adalah jenazah kanak-kanak kecil, lima lagi dewasa. Dalam keadaan baik, hanya ada sedikit yang boleh dilihat secara langsung seperti bahagian kepala,” katanya
Daripada 25 kubur terbabit, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.

Baca Lagi:
Hanya modal RM50, lelaki dari Pulau Pinang menang jackpot RM69,637,527.25 juta terbesar dalam sejarah Malaysia
Subsidi RM5,000 tukar kereta baharu berharga bawah RM60,000
Ada pegawai kementerian sudah diarah supaya kosongkan bilik
CATEGORIES