Tindakan wartawan wanita selak baju Noki cetus kemarahan netizen

8c658c91 12a2 4004 8435 d8362c15f108 e1654273469232

Tindakan wartawan wanita selak baju Noki cetus kemarahan netizen.

Baru-baru ini telah berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era yang mana turut dihadiri oleh barisan artis, pelakon dan penyanyi. Di sebalik kemeriahan tersebut, satu insiden semasa temubual di acara karpet merah menjadi bualan hangat di media sosial apabila tindakan seorang wartawan wanita ini dikecam.

Semuanya apabila dia bertindak menyelak baju Noki yang merupakan ahli K-Clique semasa dalam sesi temubual tersebut. Tindakan spontannya ini turut membangkitkan kemarahan netizen di mana ramai yang menganggap ianya adalah satu bentuk gangguan seksual kepada penyanyi tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan ini, tular rakaman temubual semasa acara karpet merah di mana seorang wartawan wanita dilihat sedang menemu ramah Noki. Wartawan itu kemudian mengusik Noki tentang pakaian yang diperagakan penyanyi lelaki itu.

Lebih mengejutkan ramai, wartawan wanita itu kemudian bertindak menyelak sedikit baju yang dipakai oleh Noki seolah-olah ingin menayangkan pada kamera. Tindakan spontannya ini turut membuatkan Noki kelihatan sedikit terkedu pada awalnya.

Kebanyakan netizen menganggap tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh wartawan wanita itu kerana dianggap tidak menghormati Noki dan melampaui batas. Difahamkan, rakaman tersebut dikongsikan sendiri oleh wartawan wanita itu di akaun peribadinya namun telahpun dipadamkan.

“Kalau lelaki yang buat kat perempuan macam pengacara tu, 7 hari 7 malam kat twitter trending.”

Tindakan wartawan wanita selak baju Noki cetus kemarahan netizen

“Imagine kalau lelaki tu yang buat kat wartawan tu, probably dia akan masuk penjara, kena buang kerja…”

Tindakan wartawan wanita selak baju Noki cetus kemarahan netizen

“Kurang ajarnya eh selak baju orang.”

Tindakan wartawan wanita selak baju Noki cetus kemarahan netizen

Baca Lagi:

Telekung RM16,000, pengasas Bawal Exclusive ‘disekolahkan’ netizen

Pelajar 17 tahun kaut untung RM26 juta tipu wang kerajaan

[VIDEO] Dua termasuk kakitangan KKM sedang menukar tayar kereta maut dirempuh lori

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *