
Tiada lagi subsidi, harga ayam dan telur akan diapungkan mulai 1 Julai
Tiada lagi subsidi, harga ayam dan telur akan diapungkan mulai 1 Julai. Menjelang 30 Jun ini, berakhirlah pemberian subsidi ayam dan telur ke atas pasaran negara. Dimaklumkan langkah pengapungan harga kedua bahan mentah ini akan bermula pada 1 Julai kelak. Ini bermakna harga bekana akan tersedia berdasarkan harga pasaran semasa.
Berikutan penamatan itu, ini akan membolehkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaras penawaran naik turun harga barangan berbanding penetapan harga runcit diperingkat siling yang dilaksanakan ketika ini.
Tidak hanya itu sekatan ayam pedaging hidup turut dimansuhkan kecuali melibatkan pemasaran ayam bulat, keratan ayam sepenuhya dan negara turut membenarkan tindakan pengimportan ayam, telur dari pelbagai negara yang sumber diiktiraf. Antaranya melibatkan Thailand, China, Brazil dan Denmark (import ayam) dan Thailand, Ukraine (import telur).
Susulan makluman pada jawapan lisan Parlimen itu, terdapat jangkaan bahawa paras inflasi akan meningkat- di mana bagi setiap kenaikan harga ayam sebanyak 10% ia berpotensi menaikkan paras inflasi keseleuruhan sebanyak 0.1 mata peratusan. Maka pemantauan KPDN pada pelarasan harga kelak disasar akan membantu menyeimbangkan tekanan tersebut.