“Dua hari sebelum ibu ditidurkan, ibu mengaku aku bukan anak dia, tapi dalam surat beranak aku bukan anak angkat?”

“Dua hari sebelum ibu ditidurkan, ibu mengaku aku bukan anak dia, tapi dalam surat beranak aku bukan anak angkat?”

“Dua hari sebelum ibu ditidurkan, ibu mengaku aku bukan anak dia, tapi dalam surat beranak aku bukan anak angkat?”. #Foto sekadar hiasan. Nama aku Syarifah A, berusia awal 30an. Keluarga aku tak kaya macam Syarifah dan Syed dalam drama. Keluarga aku biasa – biasa sahaja. Hidup kami selesa. Tak miskin, tak kaya. Aku sejak kecil dahagakan kasih sayang seorang ibu.

Aku ada seorang kakak dan ibu aku paling sayang kakak aku. Kakak aku cantik, tinggi, kurus, hidung mancung macam orang middle east, macam ibu dan ayah kami. Tapi aku? Gelap sedikit, gemuk sedikit, hidung tak mancung. Adakah sebab tu ibu tak sayang aku? Rupanya bukan.

Memori pertama aku ingat sewaktu berumur 4 tahun dan kakak aku 5 tahun. Pakcik kami ada bagi kacang pistachio. Zaman tu kacang tu agak mahal dan rare untuk kami sekeluarga. Bila aku nak makan, ibu terus ambil dan sorok dalam almari.

"Dua hari sebelum ibu ditidurkan, ibu mengaku aku bukan anak dia, tapi dalam surat beranak aku bukan anak angkat?"

Ibu kata nak bagi kakak makan, kacang tu kegemaran kakak kata ibu. Ibu tak tahu ke kacang tu pun favourite aku? Sampai sekarang aku ingat memori tu. Boleh bayangkan tak memori pertama yang aku ingat adalah ibu pilih kasih??

Masa kami berdua di sekolah rendah dan menengah, aku tak boleh masuk apa – apaaktiviti sekolah yang berbayar sebab ibu kata takde duit. Tapi kakak aku? Ibu belikan uniform Tae Kwon Do, silat, pergi lawatan sekolah ke langkawi, KL, pergi kursus di Ipoh, pergi kem motivasi luar dan banyak lagi.

Semua tu bayar sendiri, sekolah tak tanggung. Ibu memang ada duit untuk kakak sahaja. Kalau masa aku minta semua tu, ibu kata takde duit, kena berjimat untuk masuk universiti dan macam – macam lagi alasan. Yuran sekolah aku pula ibu sengaja lupa bayar dan pakcik aku yang juga cikgu di sekolah tu tolong bayarkan.

Duit ayah kami memang 100% ibu pegang, bendahari keluarga, jadi apa – apa memang kena minta ibu. Masa raya pula, duit raya kami dua beradik ibu akan kumpul dan bahagi sama rata. Kata ibu bagi adil. Tapi aku tahu yang kakak aku dapat lebih sebab aku nampak masa ibu deposit duit raya tersebut di bank, duit dalam akaun bank kakak aku lagi banyak.

Lepas aku 18 tahun, ibu bagi aku akaun bank aku dan balance duit hanya RM200. Sedangkan duit raya kami setiap tahun mencecah ratus – ratus dan pernah beribu juga. Baju raya aku hanya sepasang, tapi kakak aku? 5 pasang.

Kalau pakcik atau makcik aku offer nak belikan, ibu pesan untuk beli size kakak aku. Alasannya sebab aku cepat membesar nanti tak muat nk pakai raya tapi hakikatnya baju tersebut ibu akan bagi kakak. Aku pernah mengadu dekat ayah tapi ayah bagitahu ibu. Ibu marah aku. Sejak tu, aku tak berani mengadu dekat ayah.

Lepas matrikulasi, kakak aku dapat UMS. Kos perubatan. Semua tiket flight ibu beli. Kami sekeluarga pergi ke sabah untuk bersama kakak daftar pengajian di sana. Setiap kali ada cuti, memang wajib untuk ibu beli tiket flight kakak.

Aku? Rasanya korang boleh agak apa jadi. Ye, aku dapat kos yang sama di IPTA yang sama setahun kemudian. Ibu kata tak mampu nak beli tiket flight dan tanggung belanja. Aku terp4ksa lepaskan peluang UPU tahun tu dan aku apply tahun hadapan. Alhamduliah aku dapat kos yang sama tapi di KL.

Sepanjang belajar, satu sen ibu tak pernah bagi duit belanja dan memang aku hidup dengan duit biasiswa. Alhamdulliah cukup. Kadang – kadang pakcik aku bagi aku duit belanja tapi pakcik kata sorok – sorok ye, jangan bagi tahu ibu atau kakak.

Kakak aku tak habis belajar. Ibu terp4ksa tanggung bayaran balik biasiswa JPA sebab kakak keluar tanpa sebab. Bukan bayaran balik sahaja tapi sekali pamp4san. Aku tak tahu nilai tapi aku dengar beratus ribu. Ibu jual tanah dan dapat bayar.

Dah dekat 5 tahun kakak di kampung tanpa buat apa – apa. Ibu aku masih bangga dan sayangkan kakak aku lebih dari aku. Aku sekarang dah jadi MO. Setiap kali ayah bertanya tentang kerja aku, ibu cakap aku menunjuk – nunjuk di depan kakak dan aku tak sensitive yang kakak aku tak habis belajar kos perubatan.

Aku masih layan ibu macam seorang ibu walaupun ibu tak sayang aku. Beberapa bulan lepas, ibu sakit. Acute renaI faiIure. Ayah bagitahu aku yang ibu bertegas tak nak warded di hospitaI aku bertugas. Ayah juga bagitahu yang ibu sudah tukar nama rumah kedua, tanah dan kereta milik ibu ke atas nama kakak aku.

Sekarang ni, ibu cuba paksa ayah untuk buat benda yang sama dengan rumah ayah, tanah dan aset lain milik ayah. Ibu nampak semakin lemah. Minggu tu juga aku berterus terang tentang perasaan aku. Memang betul ibu takde dera aku, pakaian aku cukup, tempat tinggal aku cukup. Takde kurang. Cuma kasih sayang yang kurang.

Sikap pilih kasih ibu buat aku sedih. Aku tak faham kenapa. Dua hari sebelum ibu ditidurkan disebabkan pneum0nia, ibu bagi aku jawapan. Ibu kata aku bukan anak ibu. Aku tak faham maksud ibu, sebab surat beranak aku bukan surat anak angkat. Ibu diam dan minta ayah aku jelaskan.

Ayah aku cerita, masa ibu 4 bulan mengandungkan aku, aku hilang dalam kandungan. Lepas ultrasound dan memang nampak ada kantung kosong. Ibu sentiasa follow up di kIinik dan sebelum aku hilang, kandungan sihat.

HospitaI bagi tarikh untuk cuci rahim sekiranya tiada symptoms keguguran dalam masa 2 minggu. Ibu pergi berubat dengan b0moh. Beberapa hari kemudian, ibu rasa dalam rahim ada baby. Lepas ultrasound, memang aku kembali dengan kuasa Allah.

Ibu happy tapi malam tu ibu mimpi. Mimpi tu bagitahu yang aku dalam kandungan tu bukan hasil benih dari ibu dan ayah. Sejak tu, ibu cuba gugurkan aku. Ibu makan nanas, sengaja jatuh di tangga, angkat benda – benda berat dan banyak lagi. Tapi dengan kuasa Allah aku dilahirkan sihat.

Masa baby memang aku nampak lain dari kakak aku, makin aku dewasa m4kin lain rupa fizikaI aku dengan ibu ayah aku. Ibu sem4kin yakin bahawa mimpi tersebut adalah betul. Memang aku s4kit sangat masa aku tahu cerita ni.

Aku minta izin untuk balik ke rumah. Dah beberapa hari aku tak datang hospital melawat ibu. Sekian kisah hidup aku yang masih tiada penutup. Doakan ibu aku, aku dan keluarga aku. – Syarifah A (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mazra Nazra : Akibat percaya b0moh dan sy1rik, anak disisihkan. Dah nak sampai habis usia pun tetap dengan pendirian macam tu, kesian kat anak. Kalau pun bukan anak sendiri, perlu ke dibeza kasih sayang? Mana pergi sifat pengasih dan penyayang seorang ibu?

Takpelah tt, sekarang Allah dah bagi awak lebih dari kakak yang dimanjakan tu. Awak dah berjaya dah pun berkat kesabaran dan kesusahan yang awak lalui dari kecil. Santunilah ibu selagi ada hayatnya walau dia menzaIimi awak dari dulu.

Ikut je la kemahuannya, jika dia tidak mahu dirawat di hospitaI tempat awak bekerja biarkan dia. Doakan dia dari jauh agar Allah buka hatinya menyayangi awak. Buat la sekali DnA test, mungkin boleh dapat tenangkan hati bila dah tau keputvsannya. Jangan lupa update kami kat sini ye..

Rossilah Mohamad : Sis.. sis dan ibu diuji hebat. Ibu seolah menafikan kehendak Allah. Ibu tidak redho dengan ujian ini. Ia mencampakkan ibu ke arah kekafiran. Boleh tak sis selamat kan ibu? Sis anak ibu. Duduk dirahim ibu dan lahir dari situ.

Apa pon bentuk syaitan yang menghasut, mereka telah berjaya yakinkan ibu untuk menolak takdir Allah. Hanya sis yang dapat selamatkan ibu. Maafkan kekhilafan ibu. Percayalah dengan sesungguhnya sis anak ibu. Bantulah ibu.. jangan biarkan ibu ke neraka kerana kesilapan ini.

Baca Lagi:
Leona perli netizen, ‘kalau dada saya kecil, korang pasti tak kisah apa saya pakai’
Sempoi habis.. TMJ beli teh ais ikat tepi berpakaian ala-ala kampung jadi perhatian
“Bukan perempuan je, jadi lelaki pun dah tak selamat sekarang”
CATEGORIES