TERKINI : Menteri Kewangan umum KWSP buat bayaran RM10k lebih awal bermula 18 April

1ec682c8 85e3 49b1 8439 ab2d6b8deac5

TERKINI : Menteri Kewangan umum KWSP buat bayaran RM10k lebih awal bermula 18 April.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula membuat bayaran bagi pengeluaran khas kepada pencarum yang layak bermula Isnin iaitu lebih awal daripada tarikh sebelumnya, 20 April.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, mereka yang telah memohon pada awal April boleh menyemak pembayaran tersebut di akaun masing-masing pada Isnin.

“Tapi kalau belum masuk lagi, jangan risau. InsyaALLAH akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat.

“Semoga bantuan ini dapat menjadikan sambutan Aidilfitri tuan puan lebih bermakna tahun ini,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya pada Ahad.

KWSP sebelum ini mengumumkan akan membuat bayaran bagi pengeluaran khas secara sekali pembayaran kepada pencarum yang layak pada 20 April ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut memaklumkan permohonan pengeluaran ini dibuka kepada ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah.

Beliau berkata, permohonan berkenaan bermula pada 1 April lalu dan akan berakhir pada 30 April ini.

Baca Lagi:

Penemuan manusia ‘tanpa kepala’ dalam Google Maps cetus tanda tanya, siap bawak kapak dan nota misteri

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

Tenggelamnya kapal perang utama Rusia bersama peluru berpandu sonik P-1000, ‘Perang Dunia Ketiga’ bakal bermula?

Leave a Reply

Your email address will not be published.