Penemuan manusia ‘tanpa kepala’ dalam Google Maps cetus tanda tanya, siap bawak kapak dan nota misteri

Penemuan manusia ‘tanpa kepala’ dalam Google Maps cetus tanda tanya, siap bawak kapak dan nota misteri

Penemuan manusia ‘tanpa kepala’ dalam Google Maps cetus tanda tanya, siap bawak kapak dan nota misteri.

Pengguna aplikasi peta, Google Maps dilaporkan menemui imej misteri yang kelihatan seperti manusia memakai sut perlindungan diri namun tanpa kepala dan seluruh anggota badan seperti halimunan.

Memetik Daily Star, imej tersebut yang dilihat berdiri ditengah jalan dikesan menggunakan peta Google di kawasan Limbungan Tentera Laut Brooklyn, Bandar Raya New York.

Bagaimanapun, menurut laporan gambar tersebut dirakam pada Mei 2021 lalu, namun baru sahaja dikesan oleh pengguna Google Maps baru-baru ini.

Ia seperti seronok bermain

Seperti yang ditunjukkan oleh Daily Star ini, identiti tersebut seperti sedang berseronok bermain di sekitar kawasan tersebut. Dalam imej lain menunjukkan identiti misteri itu sedang bersandar pada sebatang pokok walaupun tangan dan kakinya tidak kelihatan.

Identiti itu kelihatan seperti memakai sut hazmat tetapi imej-imej ini dirakam di kawasan perlombongan mungkin juga sut ini adalah untuk melindungi diri daripada kecederaan.

0 Man with no limbs or head wearing a hazmat suit spotted in New York City

Identiti ‘misteri’ itu siap bawa nota

siakap keli article cover 1650073324

SK juga cuba mengesan ‘manusia halimunan’ tersebut di jalan yang sama melalui Google Maps. Apa yang mengejutkan SK, ia seperti mengekori kita dengan membawa nota bertulis. Paling misteri, hanya di lorong tersebut sahaja ‘manusia tanpa kepala’ ini berjaya ditemui.

Bukan itu sahaja, jika anda cuba untuk mencari identiti tersebut, anda akan berdepan dengan situasi yang menyeramkan di mana ‘orang’ tersebut seperti membawa kapak dan nota tertulis ‘Rare Earth’.

siakap keli article cover 1650073276

siakap keli article cover 1650073295

Namun, sehingga kini tiada petunjuk mengenai kejadian tersebut. Selain itu, sebarang butiran mengenai identiti sebenar manusia ini juga tidak ditemui.

Sumber

Baca Lagi:

Seorang pelakon drama wanita hilang sabar! Dedah identiti wanita ‘kaki sondol’ hadap suaminya

Mula-mula rasa seram tapi bila fikir balik, saya rasa sedih..Wanita terakam suara orang menjerit di sekitar kubur anaknya

Enggan bayar tambang, remaja perempuan kelar leher pemandu e-hailing

CATEGORIES