Suami belasah isteri dengan kayu gara-gara cemburu

pukul isteri

Suami belasah isteri dengan kayu gara-gara cemburu.

Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki memukul isterinya dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Layang-Layang di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada pukul 12.51 tengah hari itu, mangsa yang berusia 42 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kepala akibat dipukul dengan kayu.

Suami belasah isteri dengan kayu gara-gara cemburu

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, suspek yang berusia 44 tahun bekerja sebagai penjual air itu bertindak demikian kerana cemburu.

“Pada Jumaat lalu pada pukul 12.51 tengah hari satu kejadian mendatangkan kecederaan melibatkan seorang wanita oleh suaminya berlaku di Ladang Sindora, Layang-Layang.

“Suspek disyaki memukul isterinya dengan menggunakan kayu angkara cemburu.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan sedang menerima rawatan di Hospital Enche’ Hajjah Khalsom,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, susulan kejadian itu, suspek ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam di ladang berkenaan.

Katanya, turut dirampas senjata yang digunakan suspek iaitu kayu untuk memukul isterinya.

Hasil semakan mendapati tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan ujian saringan awal air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau memberitahu, suspek direman bermula hari ini hingga Rabu hadapan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

Mula-mula rasa seram tapi bila fikir balik, saya rasa sedih..Wanita terakam suara orang menjerit di sekitar kubur anaknya

Tenggelamnya kapal perang utama Rusia bersama peluru berpandu sonik P-1000, ‘Perang Dunia Ketiga’ bakal bermula?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *