Terkejut! Doktor dedah batu karang bentuk halia ditemui dalam badan pesakit

Terkejut! Doktor dedah batu karang bentuk halia ditemui dalam badan pesakit

Terkejut! Doktor dedah batu karang bentuk halia ditemui dalam badan pesakit. Seorang petugas kesihatan di Indonesia mendedahkan penemuan seketul batu berbentuk halia selepas membedah seorang pesakit, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.

Video kejadian itu dimuat naik oleh Fuji Harto Ramud dalam akaun TikToknya, @fujiassahar.

“Seorang pesakit wanita berusia 45 tahun mengadu mengalami sakit pinggang lebih dua tahun. Pengakhirannya mengejutkan saya,” demikian kapsyen pada klip video tersebut.

Terkejut! Doktor dedah batu karang bentuk halia ditemui dalam badan pesakit

Menurut Fuji, wanita itu mengalami penyakit batu karang disebabkan tabiatnya yang jarang minum air dan kerap menahan membuang air kecil.

“Pesakit bekerja dalam bilik berhawa dingin. Ketika bekerja, dia sering duduk selama berjam-jam. Ini menyebabkan dia jarang minum air kerana malas berulang alik ke bilik air.

“Dia ketagih minum air tin, kerap makan makanan laut, suka benda masin dan manis. Lebih teruk apabila dia suka menahan kencing terlalu lama,” kata Fuji.

Fuji menunjukkan seketul batu karang berbentuk halia selepas pembedahan itu.

@fujiassahar Ini bisa jadi pelajaran bagi kita semua bahwa yg enak tidak selamanya baik #edukasikesehatan #edukasi #kesehatan #ginjal #urology #nursesoftiktok ♬ suara asli – 99.9% – 𝙚𝙙𝙚𝙡𝙬𝙚𝙞𝙨𝙨

Baca Lagi:
‘Dia melahirkan aku’, remuk hati isteri dapat tahu suami kantoi berzina dengan maknya
Ramai tak tahu rupanya getah ‘wiper’ kereta kena cuci selalu, ini caranya
Cuaca terlampau panas, orang ramai mula masak telur bawah matahari hasilnya menjadi
CATEGORIES