Ramai tak tahu rupanya getah ‘wiper’ kereta kena cuci selalu, ini caranya

Ramai tak tahu rupanya getah ‘wiper’ kereta kena cuci selalu, ini caranya

Ramai tak tahu rupanya getah ‘wiper’ kereta kena cuci selalu, ini caranya. Bila pengelap cermin kereta mungkin sebahagian daripada beberapa bahagian kenderaan yang tidak terlalu dititikberatkan penjagaannya.

Asalkan ia berfungsi dengan baik, mampu mengalihkan air dari cermin kereta ketika hujan, tiada pemandu pun yang ambil kisah, kan? Paling tidak pun, ketika panas bilah pengelap cermin diangkat supaya tidak cepat rosak. Cukup, itu sahaja penjagaannya.

Cara cuci wiper kereta, mudah dan pantas

Ramai tak tahu rupanya getah 'wiper' kereta kena cuci selalu, ini caranya

Walau bagaimanapun, tidak kira apa cara yang dilakukan, keadaan cermin kereta yang bertukar menjadi kotor hampir tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi apabila kerap melalui jalan yang berdebu serta cuaca yang silih berganti.

Keadaan itu sebenarnya menyebabkan bilah pengelap cermin menjadi kotor dan sekali gus menjejaskan keberkesanan fungsinya. Jadi, ia perlu selalu dibersihkan lebih-lebih lagi pada bahagian getahnya.

Untuk membantu anda, ini langkah termudah untuk membersihkan bilah pengelap cermin.

Gosok bilah pengelap dengan cecair pencuci atau sabun

Angkat bilah pengelap dari cermin depan anda untuk memudahkan pembersihan getah. Kemudian, dengan menggunakan sedikit cecair pencuci, gosok tepi bilah pengelap cermin menggunakan kain bersih.

Anda juga boleh menggunakan air panas dan juga sabun untuk melakukan tugas yang sama. Langkah ini dapat membersihkan semua sisi bilah pengelap cermin, terutama pada bahagian depan dan pada getah daripada sebarang ktoran.

Bilas dengan air dan lap dengan kain bersih dan kering

Setelah anda mengelap kotoran pada bilah, bilas dengan bersih menggunakan air. Kemudian, gosok pengelap sehingga kering supaya pembersihan dapat dilakukan secara menyeluruh.

Lap bilah dengan alkohol

Apabila anda selesai mengeringkan pengelap dengan kain, maka sudah tiba masanya untuk meletakkan sedikit alkohol pada getah. Lap sedikit alkohol pada bilah untuk mengeluarkan sabun atau cecair yang tinggal yang mungkin tidak berjaya dibilas. Setelah alkohol kering, anda perlu memastikan bahawa bilah pengelap anda bersih sepenuhnya.

Setelah anda melakukan ketiga-tiganya, pastikan anda juga membersihkan cermin depan kereta anda dengan betul. Walau sebagus mana pun bila pengelap cermin, tugasnya hanya untuk mengalihkan air dari cermin ketika hujan, bukannya membersihkan kotoran pada cermin.

Jadi, kesan minyak dan debu pada cermin perlu dibersihkan secara kerap supaya pemanduan anda tidak terganggu.

Baca Lagi:
Video pasangan berdua-duaan atas motor di tepi kubur disiasat polis
Lelaki letak balik barang dicuri selepas pecah masuk rumah janda, tak sangka ini yang terjadi
Lelaki kongsi cara baiki tv berjalur, tak perlu modal keras, hanya guna salotape sahaja
CATEGORIES