Tan Sri Azlan Zainol meninggal dunia

Tan Sri Azlan Zainol meninggal dunia

Tan Sri Azlan Zainol meninggal dunia. Pengerusi Malaysia Building Society Bhd (MBSB) Tan Sri Azlan Zainol meninggal dunia hari ini pada usia 72 tahun, menurut satu kenyataan dikeluarkan MBSB.

MBSB berkata Allahyarham meninggal dunia pada pukul 2.40 petang hari ini di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor.

Azlan menerajui kumpulan itu sejak Mac 2021 dan mempunyai pengalaman perbankan selama lebih 30 tahun dengan latar belakang yang kukuh dalam perakaunan, selain itu Allahyarham juga adalah Pengerusi MBSB Bank Bhd.

Tan Sri Azlan Zainol meninggal dunia

“Azlan dikenali dengan gaya kepimpinannya yang tegas dan berorientasikan hasil dan melaksanakan inisiatif yang berjaya di MBSB termasuk Rangka Kerja Kelestarian yang siap sepenuhnya pada suku ketiga 2022,” kata kumpulan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Datuk Nor Azam M Taib berkata Azlan adalah seorang tokoh yang disegani dalam industri perbankan dan mempunyai kepakaran luas dalam perbankan dan strategi perniagaan.

“Kumpulan MBSB sangat bertuah kerana mendapat bimbingan dan kepimpinan eksekutifnya. Azlan sentiasa melakukan yang terbaik dan itulah cara Allahyarham membawa perubahan positif kepada kumpulan dan menyelia pembangunan Rangka Kerja Kelestarian kumpulan ini,” katanya.

Baca Lagi:
Ira Kazar kantoi lagi, kali ini netizen selidik Ira Kazar pakai stokin bola masa nikah dengan Syamsul Yusof
Nasi ayam harga RM220 juta
Perniagaan terlalu laris, mak sanggup terhadkan jualan nasi lemak sebab kesian dekat rezeki peniaga lain
CATEGORIES