Luahan hati seorang suami yang banyak kelemahan diri

Luahan hati seorang suami yang banyak kelemahan diri

Luahan hati seorang suami yang banyak kelemahan diri. Sebenarnya aku nak kongsi luahan hati seorang suami yang banyak kelemahan diri dan masih cuba perbaiki diri.

Di pendekkan cerita, aku dah bernikah selama 5 tahun tapi hampir memasuki tahun ke 6 pada 2023 dan kami masih di fasa honeymoon (belum dikurniakan zuriat).

Aku bahagia hidup begini dan tidak pernah mengeluh bahkan bersyukur di kurniakan keluarga yang menjaga hubungan darah daging, mertua dan ipar duai yang tak mencampuri urusan orang lain,

Paling penting isteri yang baik dan cukup lengkap di hadapan mataku.

Isu yang ingin aku sampaikan adalah dimana, isteriku mula menjadi seorang suri rumah sepenuh masa pada tahun ketiga kami berumah tangga. Dia mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangga dan kepadaku.

Luahan hati seorang suami yang banyak kelemahan diri

Aku pula always support dan sangat gembira dengan keputusannya.

Setelah dia berhenti kerja, dia selalu ikutku ke mana2 seperti belangkas dan aku sangat bahagia. Hari-hariku seperti bercinta semula.

Dia juga menyatakan hasrat untuk pasang badan dan akan mula ikhtiar untuk hamil memandangkan ketika itu umur kami sudah hampir mencecah awal 30an.

Aku pun support dengan membawa dia travel and honeymoon kemana-mana. Aku baca google cara untuk jaga emosi isteri supaya cepat hamil dan lain2.

Pokoknya aku sangat mendorong dia dari A-Z. Apa sahaja usahanya,aku pasti akan turuti dan memberi kerjasama.

Dia berusaha untuk minum itu ini, makan itu ini, berjumpa pakar tapi masih tidak berjaya.

Akhirnya dia mula kelihatan murung dan badmood n aku tak pernah bertanya apa-apa perkembangan mengenai dirinya kerana pada aku kalau sudah berisi pasti dia yang akan mengkhabarkannya.

Setelah setahun berlalu, iaitu tahun keempat perkhawinanku aku ada bersuara dan menasihatinya berjumpa pakar untuk cuba rawatan moden untuk hamil seperti IVF dan lain-lain.

Malangnya aku kecewa apabila dia mula sedih dan menganggap aku sudah mula push dia dan mula mengharapkan cahaya mata.

Semenjak kejadian itu lebih tepatnya setelah setahun berlalu sehingga kini, dia masih mencuba dengan caranya dan tidak mahu lansung mendengar apa-apa nasihat berkenaan ini dariku.

Dia pula semakin dingin terhadapku, dia tidak seceria dulu, tidak sebecok dulu. Dia tidak lagi share kepadaku usaha2 yang mahu dilakukan untuk hamil.

Aku menaip luahan ini dengan runsing kerana sudah berbulan bulan lamanya dia seperti ini. Hanya kerana hendak hamil.

Kami sudah membuat pemeriksaan dan kami berdua disahkan tiada apa2 masalah. Tapi masalahnya datang dari isteriku yang cantik manis.

Dia selalu membuat aku runsing ketika kerja. Aku setiap hari berfikir bagaimana mahu mewujudkan rumah tangga yang sakinah seperti dahulu.

Hanya kerana ketersilapan aku mencadangkan agar melakukan ujian IVF dia mula bertingkah seperti budak kecil.

Bila difikirkan masalah ini walaupun nampak simple, tapi hakikatnya sangat berat. Beban bagiku yang dikenali dengan perwatakan ceria dan menghiburkan.

Entahlah… aku ada baca nk murah rezeki bersedekahlah alhamdulillah aku sentiasa bersedekah niat supaya ikhtiar isteriku membuahkan hasil.

Selain itu aku hanya mampu berdoa kerana isteriku tidak mahu lagi berkongsi apa2 update mengenai usahanya untuk hamil kepadaku.

Adakah nasihat yang berguna untuk suami yang tak memahami seperti ku? Aku cuba jaga emosi isteriku tetapi kalau dia kerap badmood bagaimana mahu hamil?

Aku percaya zuriat itu rezeki dari Allah dan bila tiba masanya pasti akan hadir. Aku masih mampu bersabar dan terus berdoa.

Buat isteriku tercinta, semoga kau terbaca confession ku ini dan bukalah hati untuk berlapang dada terhadap apa pun ujian dari Allah.

Aku sentiasa redha atas apa pun yang kau lakukan dan sentiasa titip doa agar kau tak putus semangat usaha capai apa yang kau inginkan.

Yang benar,

– Zakwan (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
Perniagaan terlalu laris, mak sanggup terhadkan jualan nasi lemak sebab kesian dekat rezeki peniaga lain
Kisah ibu tunggal hensem raih perhatian, sanggup buat kerja banyak dalam satu masa sebab nak sara 9 anak
“Lamanya tak nampak, masih cantik macam dulu”, netizen teruja dapat tengok Che Puan Julita isteri Tengku Muda Pahang
CATEGORIES