Perniagaan terlalu laris, mak sanggup terhadkan jualan nasi lemak sebab kesian dekat rezeki peniaga lain

Perniagaan terlalu laris, mak sanggup terhadkan jualan nasi lemak sebab kesian dekat rezeki peniaga lain

Perniagaan terlalu laris, mak sanggup terhadkan jualan nasi lemak sebab kesian dekat rezeki peniaga lain. Kisah seorang peniaga nasi lemak yang sanggup mengehadkan jualan hariannya kerana kasihan pada rezeki peniaga lain, amat menyentuh perasaan

Meskipun menerima banyak sambutan dari pelanggan yang menggemari air tangannya, peniaga nasi lemak ini dikatakan lebih khuatir terhadap periuk nasi peniaga lain yang mungkin terjejas disebabkan pelanggan beralih arah ke gerainya.

Ini kisah sebenar yang dikongsi seorang pengguna Facebook, Arifin Manan berkenaan ibunya yang juga seorang peniaga nasi lemak.

Perniagaan terlalu laris, mak sanggup terhadkan jualan nasi lemak sebab kesian dekat rezeki peniaga lain

Kongsi Arifin, ibunya amat bimbang apabila terdengar beberapa peniaga lain terpaksa membuang sehingga satu tong nasi lemak gara-gara jualan mereka tidak laku.

Atas sebab itu, ibunya terus mengurangkan jumlah jualan nasi lemaknya supaya peniaga lain juga dapat bertahan dan berniaga.

“Mak cerita, masa mak meniaga nasi lemak dahulu, sangat laku. Bila habis, mak masak baru. Habis, masak lagi.

“Sehingga mak dengar yang peniaga lain terpaksa buang 1 tong nasi lemak sebab tak habis.

“Jadi mak pun limitkan sehari masak berapa. Bila habis, mak akan minta pelanggan beli pada peniaga sekian sekian.

“Mak pesan, rezeki tu dikongsi bersama. Kita bukan nak menongkat langit duit banyak banyak,” kongsinya.

Hantaran Arifin itu telah tersebar ke media sosial Twitter dan Facebook dengan rata-rata terharu dengan sikap ‘ehsan’ yang ditonjolkan ibunya

Mereka percaya, ini adalah suri teladan yang wajar dicontohi supaya semua peniaga baik sesama Islam mahupun bukan, dapat belajar bertolak ansur dan tidak dengki antara satu sama lain.

Baca Lagi:
Bank Dunia beri amaran ‘ia’ semakin hampir
Hidup bermadu hampir 30 tahun, Zarina kongsi kisah hidup sebagai isteri nombor dua
Nasi ayam harga RM220 juta
CATEGORIES