“Tamat legasi Tok Guru?”, Nik Abduh dedah permintaan ditolak

“Tamat legasi Tok Guru?”, Nik Abduh dedah permintaan ditolak

“Tamat legasi Tok Guru?”, Nik Abduh dedah permintaan ditolak. Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh mendedahkan permintaannya untuk bertanding di salah satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Pengkalan Chepa pada pilihan raya negeri (PRN) telah ditolak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nik Abduh berkata, peringkat awal Pas bersetuju mempertimbangkan hasrat itu namun apabila nama tidak diputuskan dia berlapang dada.

"Tamat legasi Tok Guru?", Nik Abduh dedah permintaan ditolak

“Terima kasih kepada Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan juga Majlis Syura Ulama Pas yang telah berbincang dengan saya sendiri bagi mengemukakan tawaran untuk bertanding pada PRN nanti.
“Semasa perbincangan saya telah sebut beberapa perkara termasuk hasrat untuk kembali ke Parlimen Pengkalan Chepa setelah dua penggal atau lebih 10 tahun bertanding di kawasan parlimen lain,” katanya ketika ditemui di Kompleks Masjid Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Pulau Melaka, di sini sebentar tadi.

Nik Abduh memberitahu, tujuan mahu kembali ke Pengkalan Chepa bagi membolehkan dia menjaga wakaf pendidikan yang telah ditinggalkan oleh Allayarham bapanya.

“Tawaran-tawaran (untuk bertanding pada PRN) itu ada tetapi di luar Pengkalan Chepa. Jadi saya menolak atas sebab-sebab yang telah saya sebut kepada presiden dan parti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nik Abduh turut menafikan keputusan Pas tidak mencalonkan namanya sebagai penamat kepada legasi Nik Abdul Aziz atau Tok Guru dalam politik.

Katanya, hal ini kerana legasi Tok Guru adalah perjuangan dan bukan menjadi calon.

“Yang tidak betul adalah memilih anak beranak untuk menjadi calon. Itu tidak betullah. Yang betul adalah memastikan anak kita kekal dengan perjuangan. Juga tiada istilah saya merajuk.
“Perjuangan Pas masih kekal sama. Cara pentadbiran mungkin berbeza bergantung kepada pemimpin tetapi dasar perjuangan Pas tetap sama,” ujarnya.

Nik Abduh berkata, situasi itu tidak bermakna beliau berehat daripada politik, sebaliknya akan terus bersama perjuangan Pas namun dalam kapasiti sebagai ahli biasa.

Sebelum ini terdapat ura-ura bekas Ahli Parlimen Bachok itu akan bertanding di kerusi DUN Chempaka yang merupakan kawasan Allahyarham bapanya.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, apabila Mursyidul Am Pas Datuk Seri Hashim Jasin mengesahkan bahawa nama Nik Abduh melepasi tapisan Majlis Syura, sekali gus layak menjadi calon parti itu pada PRN nanti.

Bagaimanapun, nama Nik Abduh terus tercicir daripada arena politik negara selepas namanya tidak tersenarai pada PRN.

Pada pengisytiharan calon PRN Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi, Pas turut membuat kejutan selepas mengugurkan penyandang kerusi berkenaan Ahmad Fathan Mahmood dan menggantikan dengan muka baharu iaitu Nik Asma Baharum Nik Abdullah yang merupakan seorang peguam.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu menyaksikan Nik Abduh membuat keputusan mengejut dengan tidak mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.

Baca Lagi:
Dua pelajar bawah umur kantoi gadai maruah dengan guru demi nak dapat markah tinggi
Wanita buat solat istikharah tapi tak nampak BF dalam mimpi, terus ajak putus, cara lelaki ini meyakinkan GF buat netizen marah
Duduk rumah tapi ‘Income’ lebat, rupanya ada bisnes rahsia bila suami pergi kerja yang ramai para isteri belum tahu
CATEGORIES